Header Ads

PU Faiz Dilepas Tanpa Bebas Oleh Mahkamah Atas Tuduhan Cederakan Wanita



 

Naib Juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, PU Faiz hari ini dilepas tanpa membebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada pertuduhan mencederakan penceramah wanita tahun lalu. 

Keputusan tersebut dibuat selepas laporan perubatan mangsa masih belum siap. November tahun lalu PU Faiz atau Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli dituduh mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah namun PU Faiz mengaku tidak bersalah. 

Kejadian tersebut berlaku di pondok Rumi Sufi Jawi di Kota Damansara milik PU Faiz. Pada prosiding sama, mahkamah turut melepas tanpa membebaskan Nurul Intan daripada pertuduhan menceroboh pusat tahfiz yang sama sehingga laporan perubatan lengkap. 

Kes tersebut menjadi perbualan netizen dan pelbagai versi cerita bertebaran di media sosial.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.