Header Ads

Orang Utan Bertinju Untuk Raih Keuntungan, Zoo Thailand Dikecam




Berikutan mempergunakan orang utan untuk mengadakan pertunjukkan tinju sambil meraihkan keuntungan, Zoo Safari World di Bangkok dikecam dan digesa tutup oleh kumpulan aktivis haiwan.

Ini kerana tindakan zoo tersebut disifatkan sebagai menyeksa dan mengekplotaisi kebijaksanaan orang utan. 

Memetik laporan New York Post, guru kelahiran Amerika Syarikat (AS) yang mengajar di Thailand, Samantha Fuller berkata, walaupun sekadar untuk jenaka dan menghiburkan pengunjung tetapi pertunjukkan itu tetap salah kerana mempergunakan keunikan spesies terancam.

Sementara itu, Pegarah Yayasan Antarabangsa Kebajikan Haiwan (IFAW) Britain, Philip Mansbrigde berkata, spesies itu tidak patut diletakkan dalam gelanggang tinju dan lengkap berpakaian seperti petinju semata-mata menghiburkan penonton.

"Layanan sebegitu sangat kejam dan satu eksplotasi yang tidak wajar berlaku."

"Orang utan memiliki kepintaran yang tinggi dan haiwan yang sangat sensitif selain memiliki 97 peratus DNA yang menyamai manusia."

Setakat ini, difahamkan pihak zoo berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kecaman tersebut.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.