Header Ads

Pesara Terkejut Jumpa 'Janin' Dalam Buah Betik




Siapa yang tidak terkejut bila tanaman hasil titik peluh sendiri didapati mengandungi objek pelik di dalamnya.

Memetik Utusan Malaysia, seorang pesara, Abdul Samad Ahmad, 60 terkejut bila melihatkan buah betik yang ditanamnya seolah-olah memiliki janin ketika membelahnya.

Kejadian di Sabak Bernam, Selangor itu menyaksikan janin yang berwarna putih hampir menyamai janin manusia apabila turut mempunyai mata dan lidah.

“Isteri saya yang memotong buah betik ini dan dia terkejut kerana terpotong objek keras. Selepas melihat keanehan pada betik ini dia menghubungi saya yang ketika itu di masjid.

“Saya terus pulang dari masjid dan alangkah terkejutnya saya bila tengok bentuknya menyerupai ‘janin’ bayi,” katanya


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.