Header Ads

"Setahun Kami Berkahwin Dia Langsung Tak Sentuh Saya" Luahan Isteri Bersuamikan Gay




Setiap insan mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan. Namun, keruntuhan rumahtangga itu boleh terjadi disebabkan beberapa faktor yang tak diundang.Cuba anda bayangkan, bagaimana sekiranya anda sudah berkahwin selama setahun tetapi sekalipun anda tidak pernah 'bersama' dengan pasangan. 

Begitulah kisah yang diceritakan oleh pengguna Facebook, Syahr Musafir beberapa hari lalu. Beliau telah didatangi oleh seorang wanita yang menceritakan sepanjang satu tahun berkahwin, suaminya sekalipun tidak pernah menyentuhnya. Bila ditanya sama ada dia lebih baik dengan rakan-rakan lelakinya, dia mengakui hal tersebut. Ya, suaminya adalah seorang homoseksual.

"Bang, Kak... Saya nak beritahu sesuatu ni walaupun saya rasa malu..." wanita berusia akhir 20-an ini memulakan bicara. Suaranya tersekat-sekat.

Terasa seperti berat apa yang cuba diluahkan olehnya.

Kami memberi perhatian kepadanya.

"Saya bukan desperate, tetapi saya rasa something wrong. Sebab 12 bulan kami berkahwin secara sah, majlis pun agak besar dan tinggal bersama di kediaman yang selesa dalam keadaan kami berdua bekerjaya dan ada pendapatan, dia tak pernah sentuh saya. Lebih setahun kami kahwin, hinggalah kami bercerai, saya masih belum disentuh orang seperti anak dara," ceritanya.

Sambungnya lagi, "Sampaikan saya meragui diri saya sendiri. Adakah saya tidak nampak wanita pada matanya, atau tiada ciri kewanitaan pada diri saya, atau dia tidak sukakan saya. Jika begitu, kenapa dia menikahi saya?"

Wanita dan air mata, tak pernah dapat dipisahkan. Suasana jadi sayu seakan babak Anna Althafunnisa' bercerita kemusykilan kisahnya dengan Mas Furqan yang langsung tidak menyentuhnya setelah lama bernikah dalam filem "Ketika Cinta Bertasbih." Kali ini, ulang kisahnya dalam alam realiti melibatkan kami dan seorang 'gadis' muda bergelar janda ini.

"Dia baik tak dengan kamu?" lama saya diam, akhirnya saya buka mulut.

"Dia baik," jawabnya, pendek. Matanya menampung takungan jernih air mata.

"Dia baik dengan kamu. Tetapi dia lebih baik dengan rakan-rakan lelakinya?" soal saya lagi.

Dia mengangguk.

"Mungkin itulah jawapan kepada runtuhnya pernikahan ini," tambah si dia sambil mengesat air mata di pipi.

Zaman-berzaman kita merisaukan ikhtilat atau pergaulan melebihi had antara lelaki dengan perempuan. Kita tidak mahu berlaku sesuatu yang melampaui batas. Kita mohon dijauhkan daripada 'bala' ada gadis mengandung di luar nikah dan seangkatan dengannya.

Zaman kini kita perlu lebih takutkan perhubungan lelaki dan lelaki yang terlalu akrab. Zaman kini kita perlu lebih takutkan perhubungan wanita dan wanita yang melampaui batas. Sebab isu-isu ini lebih misteri tetapi berlaku senyap-senyap tanpa ada kesan bunyi. Tak ternampak dek mata, tak terdengar dek telinga dan tak terhidu dek hidung. Hari ini kita perlu tegaskan bahawa persahabatan sesama jantina juga ADA BATASNYA dan berhak untuk mendapat pantauan oleh ibu bapa.

Saya sarankan sesiapa sahaja sama ada diri sendiri atau pasangan yang ada masalah sebegini bercepat-cepatlah dapatkan bantuan atau rawatan tidak kira dari segi psikologi dan perubatan, lebih-lebih lagi dari segi spiritual dan agama. 

TIGA BULAN bernikah boleh dijadikan 'buffer time' tetapi jika melebihi tempoh ini, sudah cukup lama untuk 'mengagak' jika pasangan punya isu (sama ada masalah gay, lesbian atau masalah kelamin lain) dan jangan menunggu lagi. Dapatkanlah bantuan dan rawatan. JANGAN MALU. Paling kurang, beritahu ibu bapa masing-masing atau orang rapat (yang telah berkahwin) yang dipercayai untuk penyelesaian, bukan sembang kosong tanpa tindakan wajar.

Mati pucuk bukan kesalahan tetapi harus diberi rawatan. Kecenderungan menyeleweng sebegini tidak wajar diteruskan dan wajib dibetulkan!

SATU LAGI! Berkawanlah baik-baik, tetapi jangan pernah melebihkan kawan berbanding isteri dan keluarga, apatah lagi mengabaikan.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.