Tindakan Pemandu Bas Ini Membahayakan Penumpang Dan Pengguna Lebuhraya Dikecam Netizen
Pemandu bas seringkali dikait dengan pemanduan secara berbahaya dan pendedahan oleh satu video ini tidak membantu untuk menyangkal stigma tersebut.
Baru-baru ini, satu video telah dirakam yang melihatkan bagaimana sebuah bas menukar dari satu lorong ke lorong yang lain secara berbahaya kerana mengejar sebuah kereta telah dimuat naik dalam satu group Facebook dan netizen amat terkejut bila menonton video tersebut.
Menurut sumber, kejadian berlaku pada 18 Mac yang lalu ketika mereka dalam perjalanan pulang ke KL selepas menghadiri satu majlis perkahwinan berdekatan dengan Genting Highlands
"Ketika kami sedang memasuki terowong sebuah bas dengan plat pendaftaran WWU5909 sedang memecut laju di lorong paling kanan. Bas itu sangat laju sehingga kami terkejut. Ketika itu ibu saya membunyikan hon supaya bas tersebut memperlahankan kenderaannya"
Pemandu bas tersebut membunyikan hon dan menukar lorong secara bahaya. Marah dan risau akan keselamatan bayi kami berusia setahun, ibu saya cuba menjarakkan kenderaan kami.
Pemandu bas itu tetap mengejar dan menukar lorong sesuka hati tanpa memberi signal. Pemandu bas tersebut juga kelihatan merapatkan jarak antara bas dan kereta tersebut.
"Saya menyuruh ibu saya memperlahankan kenderaan kerana risau keadaan bayi dan bas itu memotong kami. Namun bas tersebut masih memandu secara bahaya dan menghalang laluan kami dengan sesekali menekan brek"
Dalam video tersebut melihatkan pemandu bas itu tidak berpuas hati dengan kereta tersebut kerana pemandu bas itu dilihat seperti menunding jari kepada pemandu kereta tersebut.
Agak memeranjatkan sikap pemandu bas tersebut yang sanggup membahayakan nyawa penumpang lain. Namun kita juga tidak harus cepat melatah kerana sudah semestinya mungkin ada sebab kenapa pemandu bas tersebut bertindak sedemikian.
Walau apa pun, kita semua hendaklah berhati-hati di jalanraya kerana terlibat dalam kemalangan kerana hal kecik juga tidak memberi faedah.
Post a Comment