Header Ads

[VIDEO] Anak Lelaki Kim Jong Nam Dakwa Sedang Dilindungi Di Lokasi Selamat




Sebuah rakaman video yang memaparkan imej lelaki mendakwa dirinya sebagai Kim Han Sol, anak lelaki kepada King Jong Nam tersebar di laman Youtube. 

Memetik laporan Channel News Asia, video tersebut dimuat naik ke Youtube pada Selasa oleh sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Cheollima Civil Defense.

“Nama saya Kim Han Sol, dari Korea Utara, sebahagian daripada keluarga Kim.

“Bapa saya telah dibunuh beberapa hari lalu. Saya sekarang ini bersama ibu dan saudara perempuan saya. Kami sangat bersyukur…,” katanya. 

Dia juga menunjukkan pasportnya sebagai bukti identiti, namun butirannya telah dipadamkan bagi tujuan perlindungan menerusi video berdurasi 40 saat itu. 

Keluarga Kim itu juga didakwa sedang dilindungi dan kini dipindahkan ke lokasi selamat oleh kumpulan Cheollima Civil Defense.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.