Header Ads

"Walaupun RM100, Nilainya Tetap Besar Bagi Yang Memerlukan"




Semalam kisah warga emas pulang kecewa dan hampa disebabkan permohonan BR1M tidak lulus mengundang pelbagai pendapat dan respon dari netizen. Walaupun ada pihak-pihak yang mengatakan BR1M adalah salah satu bentuk rasuah, namun bagi mereka yang betul-betul memerlukan duit tersebut pasti bersyukur kerana paling kurang pun dapat membantu kehidupan yang sedang menghimpit. 

Tahun lepas aku pun berharap juga dapat BR1M tapi bila check dia tulis tak lulus tu,.kecewalah juga. Ada yang berkata, “alah, kerajaan ni bagi sikit jer, nanti dia ambil balik dengan saman, harga minyak,harga barang”. 

Ada juga yang berkata ” tak payahlah bagi BR1M tu, cuba bagi benda yang boleh bantu rakyat untuk masa depan”. Ramai yang memberi pendapat tanpa berfikir. Bersyukurlah kerana anda bukan ditempat orang yang memerlukan duit itu.

Aku yatim piatu, belanja harian diberi oleh saudara mara dan dapat bantuan JKM. Tahun pertama di IPTA tak dapat biasiswa dan terlepas tarikh hantar permohonan PTPTN. Yuran saudara aku tolong bayarkan. 

Perbelanjaan bulanan bergantung pada duit JKM dan kalau tak cukup terpaksa minta dengan saudara mara. Masuk tahun kedua, JKM dah nak berhentikan bantuan sebab dah lebih umur,. kali kedua terlepas submit permohonan PTPTN. Satu hari tu dapat viral mesej tentang bantuan Brainforfuture. Aku pun isi, mana tahu ada rezeki. Lepas tu pergi temu duga dan Alhamdulillah dapat bantuan RM100 sebulan.

Lagi sekali mungkin ada yang nampak “alah, RM100 jer sebulan, apalah sangat”. Bagi aku, RM100 tu sangatlah membantu. Perbelanjaan sebagai pelajar sekarang sangatlah tinggi. Awal bulan tengok ada duit masuk dalam akaun tu dah bersyukur dah. Kenapa tak kerja? aku termasuk dalam specis yang tak pandai nak cari duit. “Alasan jer tu,” Betul, alasan yang aku sendiri tak suka dengan diri aku.

Apa yang aku nak bagi tahu, ada yang nampak nilai BR1M tu sikit, BR1M tu hanya nak ambil hati rakyat, tapi cuba lihat dari perspektif orang yang betul-betul perlukan duit tu. Macam aku bersyukur dapat RM100 sebulan, aku dapat merasakan gembiranya mereka yang betul-betul memerlukan duit, bila dapat BR1M tu. Pasti banyak keperluan yang ingin dibeli dan dibayar.

Malaysia dikatakan aman dan makmur. Tapi lihatlah, rakyat masih hidup susah. Masih ramai gelandangan, keluarga-keluarga daif. Kadar kemiskinan dah turun?? bagaimana ada kanak-kanak yang meninggal kerana mencari duit? Seorang yang berduit mungkin senang berkata, “kerjalah kalau nak duit” tapi mereka tak tahu yang peluang pekerjaan sudah semakin kurang.

Kalau nak ubah hidup rakyat, orang-orang tertinggi dalam negara perlu ubah kehidupan mereka dulu. Ekonomi Malaysia jatuh, tapi menteri2 boleh pergi bercuti. Rakyat sedang bergelut dengan harga2 barang dan minyak yang naik,. ada yang keluarkan statement budak hingusan.

Kisah warga emas yang tersiar tu mewakili ribuan orang. Dalam negara yang dikatakan aman dan makmur, masih ramai yang mengharapkan bantuan. Nak dapat bantuan dari baitulmal dan JKM kena isi pelbagai borang. Nak minta bantuan dari masjid, kena pastikan yang dia orang kawasan tu. Nak minta sedekah orang tak percaya sebab ada yang mampu tapi menipu meminta sedekah.

Masyarakat perlu amalkan ambil berat sesama kita. Walaupun sedikit marilah kita memberi, walaupun sekejap marilah kita ambil tahu tentang jiran tetangga. Jangan disangka sedikit tidak bermakna. Andai diberi rezeki lebih, hulurkanlah sedikit buat yg memerlukan.

Terima kasih buat pihak yang memberi bantuan. Semoga banyak lagi yang akan melakukan seperti apa yang team kalian lakukan.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.