Header Ads

[VIDEO] Wanita Pandu Kereta Lawan Arus, Seorang Maut Dan Empat Cedera





Baru-baru ini satu video yang merakamkan sebuah kereta yang dipandu laju melawan arus di lebuhraya PLUS jadi viral. Namun tiada insiden melibatkan pengguna jalan raya yang lain. 

Namun kali ini, tindakan seorang pemandu wanita yang memandu melawan arus telah mengakibatkan seorang lelaki maut dan empat yang lain cedera. 

Memetik laporan Sinar Harian, kemalangan tersebut berlaku Lebuhraya Plus menghala ke Sungai Dua pagi tadi. Kemalangan membabitkan empat kereta dan sebuah van.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai berkata siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Proton Gen2 dipercayai memandu dengan melawan arus dari arah bertentangan. 

Kereta yang dipandu oleh wnaita itu dipercayai melanggar sebuah kereta lain jenis Perodua Kelisa. 

"Perlanggaran tersebut mengakibatkan kereta yang dipandu mangsa terbabas ke kiri jalan dan pada masa sama berlanggar dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki," katanya.


"Mangsa yang memandu Perodua Kelisa tersebut dikenali sebagai Mohamad Fandi Rosli berusia 26 tahun itu mengalami cedera parah dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat," katanya.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.