Header Ads

"Antara Ayah Dan Ibu, AKu Pilih Ibu Walaupun Ibu Kandung Aku Tidak Berharta"




Aku berkongsi cerita ni agar boleh jadi panduan kepada semua ibu bapa kat luar sana.. Aku harap aku dapat penyelesaian untuk semua ni..

Aku dan adik-adik aku dibesarkan dalam Broken Family. Parents aku cerai masa aku tingkatan 5.. adik bongsu aku umur 3 tahun lagi masa tu. Penyebab utama sebab ayah aku curang, tapi bukan curang sengaja, curang sebab kena guna-guna oleh cleaner tempat ayah aku kerja.. so sekarang ibu tiri aku adalah cleaner tu…

Ibu aku pulak kahwin lain.. So, memasing ada family baru sendiri. Selama ayah dan ibu aku bercerai, adik-beradik aku hidup pindah randah.. sekejap dengan family ayah aku.. sekejap dengan ibu aku. 

kalau ayah dah bosan jaga, ibu aku plak jaga sampai tahun ni.. Takda hak penjagaan yang sah.. kesian adik-adik aku.. Aku pulak? bila parents aku divorce, aku nekad.. Aku nak study betul-betul.. Dapat kerja supaya boleh jaga adik-adik aku. 

Alhamdulillah, lepas habis study hujung tahun lepas, aku dah masuk 2 bulan bekerja sekarang.. Sekarang aku lah penjaga adik-adik aku.. Baru aku tahu betapa beratnya tanggungjawab menjadi ayah dan ibu..

Sekarang, tengah timbul konflik antara adik-beradik aku, keliru nak duduk dengan siapa.. ayah atau ibu?

Kisahnya macam ni..

Awal tahun ni, ibu aku tiba-tiba halau aku dan adik-adik keluar rumah.. Masa tu dalam hati aku memang aku marah ibu aku, aku benci sebab halau kami tiba-tiba.. Lepastu, nak tak nak, memang kena duduk dengan ayah. 

Betullah kata orang, duduk dengan ibu tiri tak macam duduk dengan ibu kandung.. Aku bukan nak buat comparison atau apa.. aku cuma mampu cakap lepas hidup dengan ayah, hidup aku ngan adik-adik mula berubah.. Ku fikirkan sinetron ibu tiri yang jahat cuma ada di dalam televisyen, rupa-rupanya berlaku kat adik-beradik aku sendiri..

Setiap hari ada je kesalahan yang dilemparkan terhadap kteorg adik beradik.. lepastu ayah aku bagi belanja RM2 sehari pun dia marah sebab dia kata adik-adik aku membazir.. banyak sangat duit belanja tu.. Kalau adik aku tidur lepas balik sekolah pun dia marah, dia cakap kteorang malas.

Semua benda kena buat sendiri, tak boleh lambat walaupun kau tgh siapkan homework masa tu.. satu je x payah buat, MASAK! hah, mula-mula aku makan jee semua yang ibu tiri aku masak.. sebab aku bukan jenis pemilih.. tapi bila lama-lama, aku rasa aku makin benci kat ibu aku.. sampaikan adik aku cakap mereka rindu ibu, ajak lawat ibu, aku buat DONNO je..

Sebulan kemudian, kemarahan ibu aku dah redha.. Ibu aku kol nangis-nangis mintak maaf kat kteorg sebab halau kteorg.. Masa tu dia x sedar sebab dia pun kena buatan orang.. Oops! Kat tempat aku ni kena hati-hati, kalau org cemburu kt kau ke, ada je tok bomoh yang jadi tempat berteduh untuk buat benda tak elok dengan kau..

Lepas ibu aku kol, masa tu aku buat DONNO lagi.. sampailaa satu masa tu, aku terdetik hati nak singgah rumah ibu aku lepas balik kerja.. Ibu aku layan aku macam biasa, siap sediakan minum petang lagi.. Allahurabbi.. masa tu, mmg nak menitis air mata.. Air mata KEKESALAN.. kejamnya aku sampai xnak dengar pun perkataan IBU sebelum ni..

So, bila aku dh okay dengan ibu, aku mula ajak adik-adik aku lepak rumah ibu.. Aku x nak jadi anak derhaka.. Sebab aku tahu, sejahat-sejahat ibu, kalau ibu takde, mungkin aku dan adik-adik x berpeluang nak tengok dunia ni.. Bila dah kerap sangat makan makanan ibu, (MAKANAN IBU ALWAYS THE BEST!) mulalah ibu tiri aku dengki..

Dia cakap kat ayah yang ibu aku dah buat guna-guna kat kteorg supaya kteorg benci ibu tiri aku.. Bila aku dh dapat gaji pertama, ibu tiri aku marah sebab bagi ibu aku duit..

So sekarang ni, adik-beradik aku masih tinggal dengan ayah.. cuma setiap hari akan singgah rumah ibu untuk melepaskan rindu.. So, bila selalu lepk rumah ibu, aku dan adik-adik tak makan malam dengan ayah..

Bila dah lama tak makan masakan ibu tiri aku, aku dapat rasakan yang ibu tiri aku letak sesuatu dalam masakan dia.. dalam makanan yang dia beri kteorg makan.. sebab kalau kteorg x makan makanan dia, dia akan marah..

Almost sebulan jugaah kteorg tak makan makanan dia.. Satu hari tu, dia demam.. Bila dia demam, dia tuduh aku pulak guna-gunakan dia.. Mak aiee.. ingat aku ada masa ke nak buat perkara camtu..

Aku perasan ayah aku jadi panas baran.. hari-hari dia akan paksa kteorg makan makanan ibu tiri aku.. lepstu mula laa dia ungkit satu persatu aib ibu aku sepanjang dorang jadi suamai isteri.. Sedih aku tengok ayah aku tiba-tiba berubah..

Aku tahu ayah aku kaya, tapi x semestinya sebab dia berduit, dia boleh hina ibu aku macam tu.. Ibu aku tu lah orang kampung yang dia benci tapi yang dia dah kahwin selama 25 tahun.. sekarang nak ungkit segala-galanya plak.

So, sekarang hari-hari aku akan dengar ayah aku bebel pasal aib ibu aku.. hari-hari perkara yang sama.. Aku ni jenis kalau orang membebel, aku mampu diam je..satu hari, tiba-tiba ayah aku marah gler.. aku tak pernah tengok ayah aku marah cmtu sekali.. Ayah cakap, dia tak nak kteorg ni jejak kaki pun dekat rumah ibu..

Ayah cakap, tak ingat ke masa ibu pernah halau kteorg keluar dari rumah tu? Masa ayah aku marah, aku tengok ibu tiri aku dah senyum sinis.. Aku mulai faham maksud senyuman tu.. Ayah aku cakap, kalau kteorg jejak kaki ke rumah ibu aku, lebih baik kteorg tinggal dengan ibu..

Masalahnya adik-beradik aku sekarang, kteorg tak tahu nak buat keputusan macamana.. masing-masing ad pro dan cons.. kalau duduk dengan ayah, semua keperluan dapat cuma perlu kuatkan iman untuk hadap ibu tiri aku yang annoying tu.. kalau duduk dengan ibu, adik-adik kena belajar erti susah.. ibu aku orang kampung biasa je, sara hidup dgn jual ikan kering..

Untuk aku, aku pilih ibu aku.. Sebab bagi aku, ibulah segalanya..

Ibu aku mungkin orang kampung yang tak berharta, xpandai macam ibu orang lain, tapi ibu xpernah berkira dalam apa jua dengan aku..

Kepada ayah, andai kata ayah terbaca cerita ni.. aku nak nasihatkan ayah agar beri kepercayaan kat anak-anak ayah.. jangan percayakan ibu tiri sahaja.. Mungkin sekarang ayah berharta, semua orang ada di sisi ayah.. Mungkin sekarang kami bukan keutamaan ayah..

Tapi ayah, andai suatu hari nanti ayah sedar, ingatlah bahawa kami sentiasa ada untuk ayah.. sebagaimana kami sentiasa ada untuk ibu.. sejahat mana ayah, kami tetap maafkan sebagaimana kami maafkan ibu..

Untuk ibu tiri, you’ve hurt us so much.. Please repent.. Just say I’m sorry, and we’ll forgive you..

How I wish I can turn back time to old times when our family can hangout and laugh together… Tapi itu mungkin hanya akan menjadi impian yang tak mungkin ku kecapi..

Untuk ayah dan ibu di luar sana, selagi mana anda mampu memperjuangkan keutuhan rumah tangga, teruskan berusaha.. Bagi yang telah bercerai, sayangilah anak-anak anda.. beri kepercayaan kepada mereka…

Jangan jadikan mereka mangsa keadaan.. Jangan biarkan mereka digantung tak bertali..

Kerana mereka memerlukan anda untuk memimpin mereka menjadi dewasa..


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.