Budak Tadika Maut Pemandu Van Tertinggal Budak Itu Dalam Van Hampir 9 Jam
Selepas sembilan jam tertinggal di dalam sebuah van, seorang kanak-kanak lelaki ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Dalam kejadian itu, mangsa , Muhammad Iqram Danish menaiki van berkenaan bersama tiga kanak-kanak lain ke tadika di Jalan Desa, Bandar Country Homes, Rawang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Mohd Marzuki Mohd Mokhtar berkata,
"Pemandu van berkenaan berusia 21 tahun dikatakan tidak menyedari kanak-kanak itu yang tidur masih berada di dalam van berkenaan dan hanya menyedari perkara itu kira-kira 5 petang ketika mahu menjemput mereka balik dari tadika berkenaan."
Memetik laporan Harian Metro, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh tapi menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan.
Keterangan sudah diambil daripada pemandu van dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.
Post a Comment