Header Ads

Bunyikan Hon Kerana "Double Park", Pemandu Bas Ini Terima "Warning Letter" Dituduh Mahu Cederakan Pengguna Lain




Seorang pemandu bas di Pulau Pinang mendakwa dia mendapat 'warning letter' daripada majikan berhubung salah lakunya ketika bekerja yang melibatkan pengguna jalan raya lain. Pun begitu, dia menafikan telah melakukan perkara tidak baik yang dikatakan salah laku itu seperti yang dituduh oleh majikannya. 

Menerusi satu video dari laman Facebook, pemandu yang dikenali dengan nama Firdaus itu meluahkan situasi yang dihadapinya.

Katanya, gara-gara tindakannya membunyikan hon terhadap seorang pemandu kereta yang melakukan 'double parking', ini menyebabkan pemandu berkenaan tidak puas hati terhadapnya. 

"Saya membunyikan hon terhadap pemandu wanita itu kerana dia 'double park'. Namun, tidak diendahkannya. Apabila saya membunyikan lagi hon dengan lebih lama, dia keluar dari kereta dan menunjukkan isyarat lucah," katanya.

Tidak berhenti setakat itu, Firdaus yang menyangka kejadian tersebut telah berakhir nyata meleset sekali. 

"Selepas itu, kami masing-masing meneruskan perjalanan. Sampai di satu lampu isyarat, saya keluar untuk membetulkan papan tanda pada bas. Namun, sebaliknya wanita tersebut menuduh saya mahu mencederakannya dan sempat merakam gambar saya ketika itu. 

"Wanita terbabit seterusnya melaporkan kepada syarikat bekerja dan hasilnya saya mendapat surat amaran daripada majikan saya yang mendakwa saya mahu mencederakan wanita tersebut. Sedangkan hakikatnya wanita tersebut yang maki (menunjukkan isyarat lucah) kepada saya. Wanita tersebut juga tiada bukti menunjukkan saya melakukan perkara yang dituduhnya itu," terangnya lagi. 

Oleh itu, pemandu bas tersebut meminta sokongan daripada para netizen dan menyatakan dirinya tidak bersalah.

Di ruang komen, ramai netizen yang bersimpati dengan Firdaus malah menyatakan dia mengenali pemandu tersebut sebagai seorang yang lemah lembut dan juga bersikap baik. 

Mereka meminta pihak majikannya agar menyiasat perkara tersebut lebih mendalam dan bukannya mendengar sebelah pihak sahaja. 

"Seharusnya juga ada dipasang CCTV agar banyak kejadian penting dapat dirakam dan dijadikan bukti," ujar seorang netizen.

"Sebaiknya, lelaki ini tidak mendedahkan hal dalaman syarikat kepada umum dan berbincang dengan baik dengan majikannya," kata seorang lagi netizen. 

Pun begitu yang tak menyedapkan hati apabila isu tersebut diselitkan dengan komen yang berunsurkan perkauman. Seharusnya netizen perlu jadi lebih bijak dan membezakan masalah orang perseorangan dan tidak mengaitkannya dengan perkauman.

"Saya orang cina tapi banyak berkawan dengan orang Melayu. Saya percaya setiap agama mengajar kita saling menghormati dan seeloknya ape yang kurang memuaskan dibawa berbincang," kata seorang netizen.

Kesimpulannya, toleransi antara pengguna jalan raya di negara ini masih lagi boleh dikatakan sangat rendah. Mereka juga saling menyalahkan antara satu sama lain. Lebih teruk, bila ada yang mengaitkannya dengan hal perkauman. 

Sama-sama kita perbaiki lagi toleransi terutama ketika berada di jalan raya. Kita juga doakan yang terbaik buat abang pemandu bas ini agar keadilan untuk dirinya lebih terbela selepas ini.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.