Header Ads

"Hati Saya Lebih Tenang Kalau Ayah Ada Bersama"




“Saya tidak sanggup tinggalkan ayah yang sakit tua keseorangan, bila dia ada bersama, hati lebih tenang untuk bekerja.” 

Demikian sifat kesayangan seorang anak yang ditunjukkan oleh Badrol Isam Ismail, 44, yang membawa bersama bapanya ke tempat kerja setiap hari, sejak tiga tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Badrol yang juga orang kurang upaya (OKU) bekerja membawa kereta tumpang atau ‘prebet sapu’ bagi menyara hidup bersama bapanya, Ismail Shafie, 74, yang sakit tua.

“Setiap hari, ayah akan menjadi penumpang tetap di bahagian hadapan sambil dia mencari penumpang di sekitar stesen bas Tesco Lembah Sireh atau sekitar Bandar Kota Bharu."

“Jika dapat penumpang yang mahu dihantar sekitar Kota Bharu hingga Lundang, saya akan tinggalkan sekejap ayah di kedai makan di stesen Kota Bharu, tapi kalau jauh macam Pengkalan Kubur saya bawanya bersama.” 

Badrol berkata, seawal 5 pagi dia sudah mengangkat bapanya yang tidak berupaya berjalan mengambil penumpang di stesen bas dan hanya pulang ke rumah sekitar 12 tengah malam.

Badrol berkata, dia sudah lebih 20 kali berpindah rumah kerana tidak mampu membayar sewa, malah pernah menumpang tidur di tapak pembinaan kerana duit bekerja sekadar cukup untuk minyak kereta dan membeli makanan.

“Kini saya menyewa di rumah tinggal tanpa kemudahan asas seperti dapur, bilik dan tandas dengan sewa RM100 sebulan dibayar oleh rakan yang simpati dengan nasib kami,” katanya.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.