"Dia Memang Sangat Cantik Kat Luar Tapi Perangai Kau Belum Tentu Lagi Cantik"
Aku tulis benda ni bukan sebab aku nak mengutuk atau memburukkan perempuan, cuma ni sebagai peringatan untuk kaum hawa di luar sana. Rasanya benda ni terlampau common untuk diceritakan. Tapi, aku akan cerita juga kerana benda ni memang amat mengejutkan aku.Apa yang aku nak ceritakan di sini ialah mengenai kecantikkan luaran dan dalaman.
Dulu, aku memang tak percaya bila ada orang kata “cantik dekat luar tak semestinya cantik dekat dalam”. Bagi aku, kalau luar cantik, dalam apatah lagi. Namun, persepsi aku mulai berubah bila aku bertemu dengan si A ni beberapa tahun dulu. Terus terang aku katakan, aku memang tak pernah berjumpa dengan perempuan seperti dia.
Aku kenal si A ni dah lama. First impression aku, dia ni memang lawa, baik pulak tu. Kulitnya putih. Bajunya sentiasa kemas dan juga bergaya. Nak dijadikan cerita, aku dan dia sebilik. Mula-mula dia masuk, aku excitedlah. Yelah, siapalah yang tak nak berkawan dengan orang lawa dan hot ni. Tapi tu tak menunjukkan yang aku ni suka kawan orang lawa sahaja ok.
Tapi, perasaan excited tu tak lama. Aku mulai berasa annoying dengan sikapnya. Biar aku ceritakan di sini. Walaupun kitaorang sebilik, tapi kami duduk di lain compartment. Hanya meja study yang merapatkan kami. Aku ni bukanlah pembersih sangat tapi aku memang pantang kalau ada barang orang lain bersepah atas meja aku.
Kalau setakat alat tulis tu, aku tak kisah, tapi..ni baju kotor!! Kalau sekali dua takpa, ni berminggu-minggu. Itupun sebab aku yang kemas. Kalau tak, mahu sampai ke habis sem bajunya terletak atas meja aku. Sebenarnya meja study dia terletak bersebelahan dengan meja aku. Disebabkan itulah, kalau mejanya bersepah, meja aku turut terkena tempiasnya. Nak tak nak aku pun terpaksa mengemas mejanya sekali. Tapi, dia pula hanya bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku. Bagaikan aku ni bibik dia pula!
Ok..mula-mula aku boleh bersabar. Tapi satu hari tu, kemarahan aku mulai meluap-luap. Ketika itu, semua pelajar pulang bercuti selama seminggu, tapi aku pula pulang awal ke kolej kerana ada kerja yang aku kena selesaikan. Sebaik sahaja aku masuk bilik, aku mengucap panjang melihat meja dan katil si A yang tak ubah macam dalam rancangan clean house tu!
Aku mulai naik darah kerana sebelum balik, aku sempat berpesan kepadanya supaya membersihkan bilik terlebih dahulu memandangkan aku terpaksa balik awal. Aku terus membersihkan meja dan katil si A yang penuh dengan baju-baju kotor dan juga plastik makanan.
Aku kemas bukan sebab dia, aku kemas sebab bilik kami banyak kali diberi amaran kerana kotor. Kalau tak mahu duit melayang, terpaksalah bersihkan bilik walaupun hati tu tak berapa nak ikhlas.
Beberapa hari kemudian, aku sengaja berdiam diri bagi melihat reaksinya sebaik sahaja melihat katil dan mejanya yang sudah bersih itu. Namun, seperti biasa, dia hanya membuat muka selamba dan langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi terkejut. Nak ucap terima kasih apatah lagi.Adakah dia memang mengharapkan aku mengemas untuknya???
Ok,kebersihan tu satu hal. Lagi satu hal, bangun lambat. Bayangkan, kelas pukul 8, pukul 7.30 baru bangun. Yang paling aku tak tahan,dia sempat lagi bermake-up walaupun kelas bermula 5 minit lagi. Siap bawak set make-up pulak tu depan cermin. Sudahlah kelas agak jauh dari asrama kami.
Aku juga banyak kali dengar rungutan dari classmate dan lecturer yang mengatakan dia selalu datang lewat ke kelas. Sebagai rumetnya, aku semestinya bertanggungjawab dalam hal ni. Solatnya juga sering dilewat-lewatkan. Subuh pun selalu terlajak. Bukannya aku tak pernah kejut dia suruh bangun awal, tapi..dah memang sikapnya yang memang takkan bangun awal.
Aku pun banyak benda juga yang nak dibuat, takkan nak fikir pasal dia 24 jam pulak.Kadang-kadang aku rasa berdosa membiarkan dia melalaikan solatnya. Aku cuba menegur dan menasihatinya secara berkias. Dia seperti tak faham dengan kiasan aku. Aku tak tahulah jika dia terlampau innocent atau buat-buat tak faham.
Takkan aku nak guna kekerasan baru dia faham pulak kan. Lagipun dia dah besar, patutnya dia boleh fikir sendiri. Aku pernah meminta untuk berpindah bilik, tapi tak dibenarkan. Nanpaknya aku terpaksa bertahan dengannya selama beberapa bulan. Dan sejak tu aku malas mahu mengemas mejanya lagi. Lantaklah kena denda pun.
Habis saja sem,aku tak berjumpa dengannya lagi. Dia sudah ditukarkan ke bilik lain. And dengar cerita rumetnya yang baru turut mengalami nasib yang sama seperti aku. Walauapapun, dia tetap salah seorang kawanku yang paling baik sekali. Aku suka berkawan dengannya, cuma itulah, bila bab kebersihan dan solat, dia agak kurang. Lagipun tak semua orang sempurna.
Apa yang aku nak katakan disini ialah sebagai seorang perempuan, kita seharusnya membuktikan kepada masyarakat di luar sana bahawa kita bukanlah anak dara pemalas seperti yang dikatakan oleh mereka. Praktislah dari sekarang sebelum mendirikan rumah tangga nanti. Jangan duk sibuk membelek muka, tapi bilik bersepah macam tongakang pecah.
Aku tekankan lagi di sini, aku tak mengumpat ataupun sengaja nak burukkan dia. Ni sebagai pedoman dan nasihat untuk aku jugak. Andai kata korang terjumpa dengan perempuan spesies ini, apakah yang korang patut buat? Untuk si A pula, aku berharap dia mulai sedar dan berubah satu hari nanti.
Post a Comment