Lelaki Ini Guna FB Live Siarkan Pembunuhan Warga Emas, Kini Diburu Polis
Polis Ohio sedang memburu seorang lelaki yang menyiarkan dirinya membunuh seorang lelaki secara langsung di Facebook (FB), semalam, serta mendakwa melakukan banyak lagi pembunuhan.
Reuters melaporkan, polis yang mengesahkan perkara itu berkata, suspek dikenali sebagai Steve Stephens menyiarkan pembunuhan itu dalam Facebook Live.
Video itu menunjukkan lelaki berusia 37 tahun itu yang memandu SUV Ford Fusion, menghampiri seorang lelaki tua di jalanan dan melepaskan tembakan.
Menurut AFP, dalam siaran FB Live selepas kejadian itu, Stephens mendakwa sudah membunuh 15 orang dan polis sedang berusaha mengesahkannya.
Berdasarkan siasatan awal polis, mangsa yang mati ditembak itu berumur 74 tahun dan bernama Robert Goodwin, langsung tidak mengenali suspek.
Pihak polis tidak menolak kemungkinan mangsa menjadi sasaran menerusi pilihan secara rambang oleh suspek.
Lelaki itu yang berkerja sebagai pengurus penjagaan kesihatan menyalahkan teman wanitanya yang dikenali sebagai Joy Lane yang menjadi punca dia bertindak kejam membunuh warga emas itu.
Dilaporkan juga polis sedang berusaha menjejakinya setelah mengenal pasti perkembangan terkini suspek iaitu seorang lelaki berkulit hitam, berketinggian 185cm dan mempunyai berat 110kg.
Post a Comment