Header Ads

"Genap Setahun Saya Buang Dua Biji Bebola Gel" - Jutawan Muda Safiey Ilias Kongsi Nasihat Dan Pengalaman Penghijrahan Dalam Hidup





Siapa yang tak kenal dengan jutawan muda Safiey Ilias ini. Kejayaan beliau dalam bidang perniagaan dan berjaya menjadi jutawan pada umur 19 tahun telah mencetus  inspirasi kepada anak muda yang berniaga di luar sana. Walaupun pada mulanya beperwatakan sebagai wanita dan pada tahun lepas beliau nekad untuk kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki. 

Pelbagai kontroversi melanda Safiey ketika dalam proses penghijrahan beliau. Pengasas produk Perlaking ini juga telah mengerjakan umrah pada bulan Disember tahun lepas ketika beliau sedang cuba untuk berubah. Dikecam, dihina bagaikan sudah sebati dengan diri beliau namun ianya tidak mematahkan semangat yang ada dalam diri jutawan ini. 

Pada 16 April genap setahun beliau membuang bebola gel yang pernah ada tertanam dalam dirinya. Ikuti pengalaman Safiey Ilias setahun selepas pembedahan tersebut. Semoga ianya menjadi iktibar dan bermanfaat buat semua. 

"Genap Setahun Tanpa Bebola Gel"


Semalam genap 1 tahun tanpa dua biji bebola gel... Hijrah saya bukan sekadar luaran & penampilan.. tapi paling besar sekali adalah bila meletakkan hanya Allah yg satu... Sesiapa pun boleh berhijrah penampilan tetapi tidak pada ibadah. 

Nasihat saya adalah jaga solat betul2 sebab ia kunci kejayaan dunia & akhirat... Saya tak baik mcm awk semua yg sebelum ni jaga solat... saya baru jumpa jalan... hijrahkan diri tentang ibadah dahulu baru benda2 lain yg baik insyaallah akan menyusul..

Kalau saya masih mak nyah tapi tak solat, tak ada beza jika saya lelaki tapi tak solat... pokok pangkal adalah tentang solat... berhijrah penampilan bukan tiket kejayaan yg sebenar lagi... solatlah kejayaan yg sebenar! 

Solatlah walau siapapun awk.. mulut org letak tepi... mungkin hidayah akan sampai pada awk bila tiba masanya.. orang sekarang nak berubah tapi tunggu hidayah sampai.. sedangkan solat itu sebenarnya adalah usaha "mencari hidayah"... sbb tu org yg tak solat sebenarnya menolak hidayah dan merosakkan hidayah islam & iman yg dh diperoleh sejak lahir...

"Manusia pasti buat silap"


Bukahkah Allah paling murka pada org yg tidak mahu sembah dia dan tidak mahu mengaku hamba?? Bukankah solat perkara pertama Allah tanya ? Ramai org tanya "alah dia solat tp dosa itu ini buat jugak".. ya itulah manusia! Hanya malaikat dan makhluk lain yg patuh pada Allah dan sedikit pun tak ingkar perintah Allah.. dah nama manusia bukannya ombak laut.. pasti ada buat silap...

Jangan patahkan semangat bila ditohmah begitu oleh orang... bukankah solat itu sendiri adalah doa? Pencuci jiwa? Pencuci dosa? Kita solat sbb kita hamba, dan kita ada kesedaran pada dosa yg tiap masa kita buat sama ada sedar atau tak..Mcm sekarang, tengah baca status ini.. ada dosa yg kita sendiri tak sedar kita buat.. jadi solatlah untuk sucikan dosa itu...

Doakan saya.. saya manusia sama seperti anda yg mgkin buat silap beribu kali.. namun Allah maha pengampun... rahmatNya menlangkaui kemurkaanNya.. TAK APA DIBENCI MANUSIA.. TAK APA DIEJEK MANUSIA.. BIARLAH ORG LAIN TAK FAHAM UJIAN KITA.. JANJI KITA USAHA CUKUP2 BUAT ALLAH SAYANG KITA... kasih sayang manusia ni tak puas..

Kongsikan penulisan ini..


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.