Selamat Dilahirkan! Syamsul Yusof Beri Nama Anak Syaikhul Islam
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof kerana dikurniakan putera sulung yang sangat comel! Syamsul memuat naik sekeping gambar anaknya di laman sosial Instagram (IG) miliknya.
Menerusi perkongsiannya, jelas Syamsul sangat gembira dengan kurnian Tuhan yang indah itu dengan memberi kata-kata harapan dan doa semoga anaknya, Syaikhul Islam Bin Mohd Shamsul menjadi seorang anak yang baik.
"Terima Kasih Isteriku"
"Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan, bidang dan cara. Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang islam yg ikhlas wahai Syaikhul Islam Bin Mohd Shamsul," tulisnya.
Dalam masa sama, Syamsul turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Puteri Sarah Liyana, 30, yang berjerih perih melahirkan zuriatnya itu.
"Marhaban ya Syaikhul Islam..Marhaban..Terima kasih isteriku," tambahnya.
Kerana perkongsian gembira itu, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dibanjiri ucapan tahniah daripada pengikut IG serta peminat mereka.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Syamsul Yusof dan isteri. Semoga anak membesar dengan sihat dan baik serta menguatkan lagi ikatan mereka satu keluarga. - www.kakishare.my
Post a Comment