"Kepada Mereka Yang Bergelar Suami, Tolong Ingat Pesanan Ini"
Aku mempunyai seorang adik perempuan yang sudah berkahwin. Alhamdulillah jodoh dia sampai awal berbanding aku. Adik aku berkahwin pada usia 25 tahun dan sekarang sudah 8 bulan mengandung anak pertama.
Perkahwinan ini atas dasar keluarga kerana adik aku bukan seorang yang bersosial dan tidak mempunyai kawan, jauh sekali untuk mempunyai kekasih. Bila adik disuruh berkahwin aku adalah orang pertama yang rasa sedih kerana aku risau dengan lelaki yang bakal menjadi suami dia. Yela suami dia kami semua tak pernah kenal, tak pernah tahu hati budi or perangai macam mana.
"Tak Sampai Setahun"
Setelah berkahwin adik dan suami pindah ke rumah sewa sendiri. Aku selalu contact adik aku bertanyakan keadaannya. Dia selalu bercerita segala benda yang dihadapinya setelah bergelar isteri. Kadang2 aku terdengar suara sendunya dihujung talian.
Aku rasa sedih dengan apa yang terjadi tapi masa tak boleh diundur. Aku mampu nasihat bersabar bersabar n bersabar. Kadang2 aku rasa macam nak ambil balik adik aku balik ke rumah mak. Tapi apakan daya dia isteri orang. Tempat isteri disisi suami.
Beberapa hari lepas dia call aku dengan diiringi tangisan lagi. Katanya suami dia telah tinggalkan dia n mungkin hubungan dorang tak lama. Dalam hati aku terdetik, korang berkahwin tak sampai setahun lagi.
Adik bunting pelamin n sekarang menunggu detik2 untuk bersalin. Boleh bayang tak apa nasib baby yang akan keluar nanti?? Astagfirullah…… Geram, marah, sedih semua bercampur baur. Sampai hati buat adik aku macam ni.
"Tolong Ingat Pesanan Ini Wahai Suami"
1. Lelaki dicipta untuk menjadi ketua keluarga dan membimbing keluarga ke arah yang lebih baik. Tapi kalau kerja pun malas tapi suruh isteri kerja cari duit apa function ketua keluarga?? Baik isteri jadi ketua keluarga je! shame on u!
2. Perempuan apabila da bergelar isteri.. dia akan ada suami je. Suami la kawan, suami la keluarga, suami la peneman, suami la segala-galanya. Tapi kalau kau sebagai suami asyik keluar lepak dengan kawan2, tinggal isteri yang sarat mengandung ni..baik kau takyah kawen.
Kesian isteri kena tinggal sampai pukul 11-12 malam. Ingat isteri ni tunggul ke? Sebelum kawen family dia sentiasa bawak je dia kemana-mana tapi bila da kawen kau buat dia macam tunggul. Suruh tunggu rumah je. Bongok!
3. Perempuan kalau da jadi isteri, dia takkan cerita sangat masalah dia kat mak ayah dia sebab taknak mereka risau. Melainkan kalau dia tak tahan dia akan cari orang yang paling rapat untuk melepaskan tangisan dia tapi tak semua dia cerita.
Tapi kau sebagai suami kalau sikit2 kau burukkan isteri kau dekat mak ayah kau sendiri.. camne tu? Sampai mak ayah kau call mak ayah aku tanya apa masalah.. sedangkan family aku tak tahu apa2. Bila jadi camni baru la segala terbongkar. Tolong jadi matured sikit boleh tak? Tak perlu semua masalah kelambu kau kau nak cerita kat family kau.
4. Bila da kawen, perempuan akan terikat dari semua benda termasuklah nak membeli. Suami wajib beri nafkah zahir & batin kepada isteri. Selama 10 bulan kawen, sehelai baju pun tak pernah beli untuk isteri.
Nak suruh isteri bergaya sakan mekap tebal 4 inci supaya sedap mata memandang tapi kau tak bagi duit pun tuk semua tu. Tapi bila isteri selekeh kau perli isteri kau. Apa jenis manusia camni?
Aku bukan nak memburukkan sapa2 tapi cuba korang fikir kalau isteri bekerja, isteri uruskan rumah, isteri keluarkan duit belanja rumah, n semua isteri…. so apa peranan suami???? Baik kaum hawa takyah kawen daripada jadi hamba camni. kalau silap sikit tengking, marah, kena tinggal. Kesian nasib kaum hawa.
Kepada lelaki semua, sebelum korang kawen tolong la belajar ilmu agama n ilmu rumahtangga dulu. Tolong jadi pemimpin n ketua ketua keluarga yang baik. Perempuan dicipta untuk disayangi dan dikasihi bukan untuk digunakan dan diperhambakan.
Post a Comment