Tak Nak Tanggung Ibu Sendiri Yang Sudah Tua, Anak Derhaka Halau Dari Rumah
Disebabkan anak-anaknya bertelagah mengenai kos penjagaan, seorang ibu berusia 82 tahun di China menderita selama tiga hari dibiarkan di luar rumah sendirian dan kesejukan.
Wanita berkenaan diusir keluar dari rumahnya di Yangzhou wilayah Zheijiang oleh anak bongsu bersama isterinya selepas dia enggan menyerahkan wang pencennya kepada mereka.
Memetik laporan Sina, pegawai tempatan terpaksa campur tangan dalam hal tersebut memandangkan wanita tua tersebut tidak boleh bergerak sendiri dan hanya mampu menangis.
Walaupun ditawarkan penempatan alternatif oleh jiran, wanita tersebut menolak tawaran berkenaan.
Lebih malang, anaknya rela ibunya mati di luar kerana mahu mengelakkan diri dari membiayai kos pengebumian jika mati di dalam rumah.
Post a Comment