'Ada Anak Ramai Pun Tak Guna Kalau Terabai Agama Dan Kasih Sayang'
Aku seorang perempuan, dilahirkan dalam keluarga besar , ada 10 orang adik beradik dan aku anak ke 4. Keluarga aku bukan orang senang, susah jugak lah,atas sikit daripada fakir miskin. Baru-baru ni ada beberapa kejadian yang tergempar belaku dalam keluarga aku dan aku harap korang yang bergelar ibu,ayah,pelajar,adik ,abang,kakak dan sebagainya ambil iktibar dari cerita aku ni.
"Adik Edar Dadah"
Bulan lepas, adik yang berumur 19 tahun kena tangkap sebab edar dadah. Umur 19 weh, terlalu muda untuk terjebak dengan najis dadah dan sekarang dia kat penjara Kajang. Dia kena ikat jamin 5k tapi keluarga aku tak mampu, maka mereputlah dia dalam penjara tu. Tak lama lagi dia kena bicara, entah apa lah hukuman yang akan dikenakan, debor gak nak tahu.
Mak abah dah nangis sungguh2 dah masa dia kena tangkap , tapi kan weh, aku bersyukur adik aku masuk penjara, sebab bagi aku kat sana lagi tenang, tiada lagi dadah , tiada pengaruh rakan dan penjara is the best place of repentance.
Aku harap dia duduk lama dalam tu dan keluar dalam kedaan yang sudah bertaubat. Aku harap korang sama2 doakan adik aku berubah. Oh ya, nak tanya ada kemungkinan tak pusher dia datang melawat dia kat penjara? just curiuos, aku harap pusher tak carik dia.
Ha tu pasal adik aku, sekarang aku nak cerita kes abang aku pulak. Abang aku ni manusia paling sopan dan pendiam dalam keluarga. masa sekolah dulu pun dia murid yang sangat baik, besekolah menengah agama pastu dia sambung diploma syariah islam. Abang aku manusia yang paling dipercayai oleh semua sanak saudara, ye lah.. akhlak baik kan.
Dah setahun habis belajar, tapi abang aku belum ada kerja tetap. Kiranya selama ni dia job-hopping lah, duit gaji dia tak tahu pergi mana, sebab kitorang satu family tak pernah merasa duit gaji dia, nak belanja makan pun dia ngelat. hmm, takpe lah tak kisah pun.
"Abang Buntingkan Anak Dara Orang"
Makin besar, perangai dia makin pelik. Dia selalu lari dari rumah, bila call tak dapat. Kitorang memang tak buat report sebab dia dah besar dan waras. Dia hilang lama weh, selalunya seminggu dua, bila mak abah tanya pergi mana, dia langsung tak jawab, sengih je.
Langsung takda adab ngan parents. Susah sangat ke nak minta izin untuk keluar dari mak ngan abah?. Mak ngan abah terasa sangat dengan perangai dia ni, dia anak lelaki sulung , harapan mak abah untuk jaga keluarga, tup2 gini pulak perangai dia. hmm
Sabtu haritu , abang aku dah nikah. sebab…..dia dah buntingkan anak orang. Anak luar nikah. Mesti korang terkejut kan seorang pelajar jurusan syariah islam boleh terlanjur. Aku susah sangat nak terima kenyataan ni, walaupun setiap kali aku pujuk diri sendiri dengan ayat ‘dia manusia biasa, punya nafsu, dia bukan malaikat ‘
Sebagai anak , sebagai parents kau boleh bayangkan tak betapa renyuknya hati mak abah aku, bila dapat tahu anak lelaki dia terlanjur. Abang aku pon nikah kat pejabat agama, mak abah aku pun tak dapat tengok anak lelaki sulung dia akad nikah dalam majlis nikah seperti yang diidamkan. Allahu. Abah yang ada sakit jantung hampir meninggal bila dengar berita ni .
Lari dari rumah, ingat ke mana lah dia pergi, rupanya buat projek ngan awek dia.. Abang aku ngan awek dia (now wife) tak duduk serumah sebab belum mampu nak ada rumah weh, kerja pun takdak, duit simpanan pun takdak, keluarga kami tak mampu nak tanggung.
BTW, family kitorang tak kenal pun siapa wife dia, abang aku tak pernah kenalkan. Aku tak boleh maafkan abang aku weh, sanggup dia buat family kitorang macam ni, apa lah salah mak abah aku sampai anak kesayangan dorang sanggup calarkan maruah keluarga.
"Jangan Mengata Mengumpat Anak Orang"
Bila aku renungkan masalah keluarga aku, aku tahu keluarga aku dah hilang barakah.
Pertama , yang aku perasan kesilapan keluarga kami ialah mak abah aku kuat mengata anak orang/keluarga lain. Pernah satu hari ni, ada anak orang kampung yang nak bertunang, dah siap pasang khemah kat luar. ye anak orang tu memang muda, baru 20 tahun , perempuan tak salah kot nak kawen muda. Masa tu kitorang satu family dalam kereta ,boleh pulak mak aku cakap macam ni ‘ Hmm, ngandung anak luar nikah lah tu, tiba2 buat majlis’ .
Allahuakbar, macam mana lah ayat ni boleh tepacul dari mulut mak, pastu boleh pulak abah mengiakan cakap mak. hmm. Akak sulung aku tegur mak , ‘mak cakap macam tu dah lah anak dara mak ramai, kang jadi kat keluarga sendri bari tau’ . Mak balas, ‘ Dah keluarga dia mcam tu’. Sekarang, nah amik, anak lelaki dia buntingkan anak orang.
Dear readers, jagalah setiap ayat yang keluar dari mulut kita, sebab semua tu doa yang melantun balik kat kita. Kepada ibu2 dan bapa2 ingat korang ada anak, tak payah mengata, mengumpat ank orang, tak de paedah pun, kita tak tahu masa depan anak2 kita macam mana. Kepada yang bujang2, kena ingat korang ada adik, sedara mara dan future children. Jaga lah tutur kata kita sebaik mungkin, percaya pada balasan tuhan.
"Guna Duit Surau"
Keduanya, keluarga dibina dengan rezeki dari sumber yang halal. Macam ayah aku kan, dia bendahari surau, dia pegang duit surau. Boleh agak tak ape yang berlaku ?? Ya, abah aku selamba je guna duit tu untuk bayar apa2 (yuran,barang dapur,bill etc). Sama ada Abah aku ganti balik duit tu ke tak , aku tak tahu.
Lagi satu, ayah aku dipertanggungjawabkan untuk jaga surau sebab surau depan rumah je, tapi ayah aku macam salah guna kuasa je, pinggan mangkuk ,cawan surau digunakan kat rumah, buat macam harta sendri. bukan tu je, kerusi ,meja tikar milik surau pun family aku guna buat macam harta sendiri sampai rosak. Ini cerita 10 tahun lepas sehingga kini, masih lagi berlaku.
Aku nasihatkan korang, jangan ambil mudah hal rezeki. Janganlah guna duit yang diamanahkan, walaupun ada niat untuk ganti. Once kita dah buat, ia akan jadi habit tau. Pastu datang pulak hasutan setan , kau tak ganti. Haram weh duit tu. Kalau ada terguna barang orang, pulangkan.
"Tak Guna Anak Ramai Tapi Kasih Sayang Terabai"
Walaupun tuan punya barang tak tuntut dan buat2 lupa. check balik barang kat rumah tu, kalau2 ada barang bukan hak milik korang, pulangkan. Kalau rezeki pun bukan dari sumber halal, maka keluarga hilang keberkatan tu weh, tu yang anak2 buat hal bukan2, mcm keuarga aku. Hmm.
Ketiga, bila nak anak ramai, renungkan balik niat kita sebab apa, tengok balik ekonomi keluarga, tengok balik kemampuan emosi kita nak bagi perhatian kat ramai anak2. Tak guna jugak ada anak ramai tapi terabai dari segi perhatian dan kasih sayang. Kualiti tu penting, bukan kuantiti.
Aku terima takdir Tuhan ini, sebab banyak yang aku boleh belajar dari masalah keluarga aku ni dan boleh aku apply once dah berkeluarga nanti. Mohon kalian mendoakan kebahagiaan keluarga aku, dan kesihatan yang baik untuk mak dan abah. Sungguh , aku sayang keluarga aku. - www.kakishare.my
Post a Comment