[VIDEO] Sekumpulan Lelaki Bergaduh Berhampiran Hospital Ampang, Pihak Polis Tahan Dua Lelaki
Pihak polis telah berjaya menahan dua orang lelaki dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan yang viral di media sosial berhampiran Hospital Ampang.
Dalam kejadian tersebut, sekumpulan 80 lelaki sedang bergaduh berhampiran hospital berkenaan apabila sepasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah tiba di kawasan terbabit.
Anggota polis berkenaan telah menghampiri dan mengarahkan kesemua mereka bersurai namun arahan itu tidak diendahkan oleh kumpulan lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata:
“Mereka telah bergaduh dan memukul menggunakan topi keledar sesama sendiri. Justeru anggota berkenaan telah menahan seorang suspek sebelum menangkap seorang lagi lelaki yang berlari menggunakan parang"
“Dua lelaki itu ditahan reman sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,”
Kedua-dua lelaki berkenaan berusia antara 28 tahun dan 33 tahun dan telah dibawa ke Balai Polis Pandan Indan untuk tindakan lanjut. Video pergaduhan tersebut menjadi tular di dalam media sosial dan mencetuskan kebimbangan orang ramai. - www.kakishare.my
Post a Comment