Header Ads

Banduan Gagal Larikan Diri Dengan Menyamar Sebagai Wanita, Terlupa Suara Garau




Macam-macam cara untuk banduan melarikan diri dari penjara. Di San Pedro Sula, Honduras seorang banduan hampir berjaya melarikan diri dengan menyamar sebagai wanita tetapi usahanya itu gagal. 

Usaha Francisco Herrera Argueta, 55, yang cuba melarikan diri bersama ahli keluarga banduan lain ketika waktu melawat ternyata gagal apabila ditahan di pintu keluar selepas pengawal yang bertugas curiga dengan suaranya yang garau. 

Banduan itu dilihat memakai skirt labuh, rambut dan payudara palsu menyamar sebagai wanita dikenali sebagai Jacinta Elvira Araujo dengan meninggalkan kad pengenalan di pintu masuk penjara berkenaan. 

Usaha untuk kelihatan seperti wanita dengan solekan dan mewarnakan kuku merah jambu tetapi Argueta lupa tentang satu perkara iaitu suara yang garau. Pengawal pada mulanya dapat melihat cara berjalan agak pelik kerana Argueta tidak biasa memakai kasut tinggi. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.