Budak Dua Tahun Ketagih Hisap Rokok Kini Jadi Pelajar Cemerlang
Siapa yang masih ingat kepada kanak-kanak ini? Ketika berusia dua tahun, Aldi Rizal pernah menjadi sensasi antarabangsa satu ketika dulu kerana mampu menghisap kira-kira 40 batang rokok dalam satu hari.
Namun kini, pada usianya mencecah sembilan tahun, Aldi nampaknya berjaya menghapuskan ketagihan berkenaan dan berubah menjadi seorang pelajar cemerlang di sekolah.
Kanak-kanak itu berjaya membuang ketagihannya menghisap rokok pada tahun 2013, 2 tahun selepas menjadi tumpuan dunia. Sebelum itu, Aldi mendapat bantuan dari kerajaan Indonesia dengan menyediakan program pemulihan khas untuknya dan menggantikan ketagihan rokok kepada makanan.
Walaupun berjaya menghentikan ketagihan rokok, berat badan Aldi meningkat mendadak iaitu 24kg ketika berusia lima tahun disebabkan ketagihan kepada makanan.
Bapanya, Rizal memberitahu anaknya itu akan menghentakkan kepala ke dinding semata-mata mahukan makanan tambahan.
“Dia akan makan makanan berlemak dan boleh menghabiskan tiga botol susu pekat setiap hari" tambah bapanya lagi.
Bapanya kemudian membawa Aldi berjumpa dengan pakar pemakanan dan sejak itu, Aldi terpaksa menjalani diet ketat untuk menurunkan berat badan. Dan selepas 4 tahun hanya makan buah-buahan dan sayuran berat badan Aldi kini kembali normal. Dia tidak lagi mempunyai sebarang ketagihan kepada rokok mahupun makanan.
Post a Comment