Header Ads

Eskalator Mengganas Lagi, Kali Ini 'Makan' Tapak Tangan Budak Pula




Seorang budak lelaki dilaporkan cedera akibat terjatuh ke bawah tangga eskalator, sehingga tapak tangannya tersepit di celah eskalator.

Kemalangan tersebut berlaku di bandar Tongren, Guizhou pada Ahad lalu iaitu 30 April kira-kira waktu tengahari. 

Menerusi paparan kamera litar tertutup CCTV jelas menunjukkan sekumpulan kanak-kanak berusia antara 2 hingga 4 tahun berulang-alik turun naik tangga eskalator yang terletak di sebuah pusat beli belah. 

Pada ketika itu bukan sahaja tiada seorang pun yang tampil menasihati mereka, malah ibu bapa kanak-kanak tersebut pun tidak kelihatan bersama mereka. Sehinggalah apabila terjadi insiden ke atas budak lelaki itu, barulah ibunya kelihatan segera berlari ke arah eskalator untuk menekan butang kecemasan. 

Difahamkan, setelah menerima panggilan, anggota bomba yang tiba ke lokasi kejadian segera bertindak memotong tangga eskalator bagi menyelamatkan kanak-kanak itu. Selepas berjaya dikeluarkan dari tangga eskalator, kanak-kanak itu segera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.