Header Ads

Gelanggang Futsal Bagai Di Alam Fantasi Ini Hanya Di Sabah




Jika sekali pandang mungkin agak sukar bagi kita untuk mengagak gambar apakah ini. Namun jika diamati dengan teliti sudah pasti ada yang dapat meneka dengan betul. 

Gambar yang diambil menggunakan dron ini merupakan sebuah gelanggang futsal yang dikelilingi pokok yang menjalar di tepi pagar dan dikelilingi rumput yang menghijau. Ianya terletak di sebuah daerah pedalaman di Nabawan, Sabah. 

Ianya telah dihantar oleh seorang guru dari SK Logongan kepada Facebook Harimau Malaya. Gelanggang tersebut memang sengaja dibiarkan seperti itu untuk mengelakkan panas matahari dan membekalkan udara segar.

"Berada disini seolah-olah kita berada dalam dunia fantasi dikeliling pokok yang cantik dan tumbuhan yang menghijau macam filem Magika," katanya.

Guru itu turut menceritakan bahawa untuk ke sini, beliau perlu melalui jalan balak selama dua jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan perlu mengharungi sungai selama satu jam.

"Dari sekolah untuk sampai ke padang futsal ini, orang kampung atau murid-murid perlu berjalan kaki melalui jalan berbukit selama 15 minit," kata guru tersebut. 

- www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.