Header Ads

MBI & MFace Dalam Senarai Kewangan Peringatan Pengguna Bank Negara.




Bank Negara Malaysia menyenaraikan syarikat skim pelaburan MBI dan Mface dalam Senarai Kewangan Peringatan Pengguna atau Financial Consumer Alert List. Kini sejumlah 302 buah syarikat atau laman sesawang tersenarai. 

Memetik laporan Oriental Daily News, Isnin lalu iaitu pada 22hb Mei, sebanyak 10 buah syarikat atau laman sesawang tersenarai sepanjang bulan Mei 2017.

Menurut Bank Negara, syarikat dalam senarai tersebut dikenal pasti tidak diberikan kebenaran atau kelulusan dibawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM. Diharap senarai peringatan ini boleh meningkatkan kesedaran kepada para pengguna. 

Berdasarkan laporan Sin Chew Net, menurut Alfa iaitu pembantu kepada pengerusi kumpulan antarabangsa MBI Zhang Yu Fa, setakat ini masih belum dikenal pasti situasi sebenar, namun pihaknya yakin ianya tiada masalah buat kumpulan MBI.

Sehubungan itu, tambah Alfa lagi, tiada sebarang strategik akan dibincangkan dan kumpulannya turut tidak akan memberi tindak balas berhubung isu tersebut. 

MBI ditubuhkan pada Julai 2009 di Pulau Pinang, dan dipanggil sebagai Kumpulan Antarabangsa, manakala Mface merupakan anak syarikat di bawah naungannya untuk urus niaga mata wang M secara online. 

Pengasasnya Zhang Yu Fa pernah didakwa ke mahkamah kerana masalah Rangkaian kedai Kopi berjenama Red Island. MBI juga dikritrik oleh media dari China, Taiwan, Thailand dengan mengatakan mereka terlibat dalam pemasaran secara penipuan. 

Antaranya pada hujung Januari 2016, polis Thailand pernah menyerbu pejabat MBI yang terletak di Songkhla dan memperolehi kira-kira RM10 ribu wang tunai. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.