Header Ads

Serangan Bom Berani Mati Gegar Konsert Ariana Grande Di Manchester Arena, 19 Maut Dan 50 Cedera




Awal pagi Selasa, pihak polis Britain mengesahkan sekurang-kurangnya 19 maut manakala 50 lagi cedera dalam serangan bom yang dipercayai melibatkan serangan pengebom berani mati di Manchester Arena iaitu lokasi konsert penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat, Ariana Grande berlangsung.

Menurut portal BBC yang memetik laporan polis, pihak berkuasa menerima panggilan berhubung satu kejadian letupan di lokasi tersebut kira-kira pukul 10.35 malam waktu tempatan. 




Ambulans dilihat dikejarkan ke lokasi kejadian dan polis menasihati orang ramai supaya mengelak melalui kawasan tersebut.

Perkhidmatan kereta api keluar masuk dari Stesen Manchester Victoria yang terletak di bawah Manchester Arena itu dibatalkan.

Rakaman video yang dimuat naik menerusi Twitter menunjukkan penonton konsert menjerit dan lari bertempiaran. Ada di antara mereka berlumuran darah.

Seorang saksi, Evie Brewster yang hadir ke konsert itu memberitahu portal Mail Online bahawa Ariana Grande baharu sahaja habis menyanyikan lagu terakhirnya dan meninggalkan pentas apabila letupan berlaku.

Menurut sumber, punca letupan masih tidak diketahui, namun unit anti keganasan mengaitkan kejadian itu dengan serangan pengganas. - www.kakishare.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.