Header Ads

Inilah Orangnya Yang Ragut Rantai Leher Kanak-Kanak!




Saban hari kita dikejutkan dengan insiden ragut sehingga mencetuskan kebimbangan banyak pihak. Terbaru agak mengejutkan kerana kes ragut kali ini bukan sahaja melibatkan peragut yang merupakan seorang wanita, malah mangsa ragut adalah seorang kanak-kanak.

Ibu mangsa yang memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan beberapa keping gambar peragut tersebut di Facebook memberitahu bahawa rantai emas anak perempuannya telah diragut ketika mereka sedang membeli-belah di Pusat Pemborong GM Klang beberapa hari yang lalu.

Ini lah orangnya!! Meragut rantai leher anak saya dia GM Kelang petang semalam 20/5/17 lebih kurang jam 4 petang. Jangan biarkan hamba ?????? ini mendekati anak anak kita. Ini bukan kali pertama dia melakukanya.

Sy juga jumpa rakaman cctv dia meragut rantai kanak kanak lain tahun lepas!! Mohon semua share mengenai si peragut ini!


***Penjelasan***

Video tu daripada kes tahun lepas (10 Sep. 2016), kes oleh orang yang sama, ragut rantai budak. Kali ni baru dapat tangkap. Yang gambar-gambar tu yang baru, dah dapat tangkap.

Perkongsian dari ibu mangsa telah mencuri perhatian netizen sehingga video tersebut telah ditonton hampir 400 ratus ribu kali. Rata-rata pengguna Facebook menyuarakan kebimbangan berhubung kes ragut ini.

Apa-apa pun, semua pihak terutamanya ibu bapa perlu memainkan peranan dalam usaha membendung dan mengurangkan jenayah ragut seperti kata peribahasa, "mencegah lebih baik daripada mengubati". - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.