Header Ads

'Kalau Bawak Motor Buruk Tak Payah Acah-Acah Beli Barang Macam Naik Kereta' - Gadis Hina Orang Bawa Motor Cetus Kemarahan Netizen




Hidup ini diibaratkan roda. Kejap di atas. Kejap di bawah. Dan sebagai manusia, janganlah pernah memandang rendah kepada sesiapa pun. Baru-baru ini, para netizen kembali kecoh apabila satu status budak Wechat yang menghina mereka yang bermotor. 

Status yang dimuat naik oleh gadis berkenaan seperti mengatakan bahawa mereka yang bermotor tidak layak untuk berbelanja di supermarket. 

"Kalau Tak Ada Kereta Buat Cara Tak Ada Kereta"


Ini aku nak beritahu sikit, kalau tak ada kereta tu, buat cara tak ada kereta, tak payah nak eksyen sangat belanja di supermarket bawa troli, ambil barang macam datang bawa van. Padahal bawa motosikal saja. 

Kemudian bila nak balik, sumbat barang dalam beg galas penuh, di bakul sumbat penuh dan bonceng di belakang macam beruk. Buat malu orang yang datang supermarket saja bawa motosikal buruk. belanja acah-acah berkereta. 

Aku rasa perempuan itu mak dia agaknya sebab perempuan itu nampak tua. Kesiannya mak dia dapat anak tak berguna dan tak mampu bawa dia pergi belanja naik kereta. Hahaha! Opss!

Status dari pengguna bernama Sarah Coco ini kemudian viral di Twitter dan Facebook sehingga seorang lelaki bernama Mohd Nashiruddin Mokthar mengakui status yang dimuat naik oleh Sarah Coco ditujukan kepadanya. Beliau kemudian memuat naik satu status untuk menjelaskan keadaan sebenar. 


Janganlah pandang rendah pada mereka yang tidak berkemampuan. Setiap orang mahu menggembirakan ibu bapa mereka namun hidup ini tidak semestinya di atas sahaja. Kadang-kadang lihat ke bawah sama. - www.kakishare.my




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.