Header Ads

Kanak-Kanak Lemas Dalam Kolam Renang, Tapi Orang Ramai Hanya Tengok Dan Rakam Video




Dua rakaman video kejadian kanak-kanak lelaki lemas di dalam kolam renang menjadi tular sejak beberapa hari lalu.

Melalui paparan video yang dimuat naik di laman Facebook, jelas kelihatan kanak-kanak itu bergelut menyelamatkan diri dari lemas. Yang menyakitkan hati, orang ramai yang berada di sekitar kolam tersebut hanya melihat sahaja kanak-kanak itu terkapai-kapai meminta tolong. 

Mungkinkah orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya menganggap kanak-kanak tersebut sedang belajar mengapungkan diri atau melakukan aksi "freestyle"?

Mujurlah setelah hampir seminit lebih, seorang wanita berenang ke arah kanak-kanak tersebut dan menyelamatkan mangsa lemas itu.


Melalui paparan video kedua, kanak-kanak yang telah dibawa naik dari kolam itu cuba diselamatkan oleh pegawai perubatan namun tidak dapat dipastikan sama ada mangsa terselamat atau sebaliknya.

Kejadian ini mencetuskan kemarahan di kalangan netizen, rata-ratanya mengutuk orang ramai yang berada di kolam tersebut. Menurut beberapa komen, difahamkan kejadian ini berlaku di Thailand. Persoalannya, siapakah yang merakam video ini?

Semoga kejadian ini dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.