Kata Untung RM3.5 Juta, Tapi Tak Boleh Keluarkan Duit Kerana Akaun Pelaburan Disekat
'Mana duit saya?' itulah luahan seorang suri rumah yang mendakwa sebuah syarikat pelaburan saham tidak membayar keuntungan daripada hasil pelaburan yang dijanjikan.
Menurut laporan Harian Metro, Siti Zuraida Awang berkata syarikat tersebut telah menyekat akaunnya dalam syarikat berkenaan untuk mengelakkan wang dari dikeluarkan.
Beliau menambah, sejak tahun lalu dia hanya mendapat RM90,000 dari RM175,000 yang dilaburkan dengan syarikat itu pada April 2016.
“Saya cuba mendapatkan penjelasan dan mereka memberi alasan, saya dan pelabur lain perlu mencari pelabur baru untuk mendapatkan keuntungan berkenaan sedangkan sebelum ini syarikat itu memaklumkan kami hanya perlu melabur saja.
Beliau mendakwa mengikut laporan kewangan menunjukkan keuntungan yang dia peroleh adalah RM3.5 juta namun tidak dapat mengeluarkan hasil tersebut kerana akaun disekat. - www.kakishare.my
Post a Comment