Header Ads

'Kau Ingat, Aku Hadap Sangat Makan Nasi Minyak Kau?' - Diva AA Buang CD Zikir Hafiz Hamidun




Dia buat hal lagi! Siapa tak kenal dengan pengacara popular Azwan Ali atau lebih dikenali dengan julukan Diva AA yang sememangnya tak dapat dipisahkan dengan kontroversi panas.

Baru-baru ini, Azwan memuat naik sebuah video berserta kapsyen di akaun Instagramnya memaparkan tindakannya membuang CD zikir daripada Hafiz Hamidun ke dalam tong sampah.

Tindakannya itu dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati apabila tidak dijemput untuk menghadiri perkahwinan Hafiz dengan usahawan kosmetik Siti Arifah Amin di Shah Alam, Selangor pada 1 Mei lalu.

“Carutan terpaksa. Kau ingat aku hadap sangat nak makan nasi minyak kau? Eeeee buang k,” tulisnya.

Jika dilihat menerusi komen netizen, Hafiz dipercayai sering membeli rendang yang diusahakan Azwan sejak beberapa tahun lalu. Mungkin dari situlah mereka menjadi rapat, sekali gus membuatkannya menjadi berang apabila dirinya 'dilupakan' begitu sahaja.


Ha, jangan main-main tau. Hanya kerana tak dapat jemputan majlis perkahwinan, seseorang boleh bertindak di luar kawalannya. Jaga-jaga tau! - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.