Header Ads

Kejam! Bayi Ditemui Dalam Tong Sampah Sebelum Ditemui Penduduk Pulang Dari Solat Subuh




Sampai hati tinggal macam tu saja! Seorang bayi lelaki ditemui oleh seorang penduduk ketika pulang dari menunaikan solat Subuh pagi Ahad. 

Bayi lelaki yang masih bertali pusat dan beruri dan hanya dibalut dengan suratkhabar ditemui dalam tong sampah di hadapan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya. 

"Sebaik dimaklumkan saya terkejut bayi yang dipercayai baru dilahirkan ada dalam tong sampah dan saya terus mengeluarkannya dan membersihkannya.

"Malam tadi saya ada dengar bunyi seakan tangisan bayi dan keluar memeriksa tong sampah ini sekitar 11 malam namun tidak menemui bayi ini. Ketika itu saya menyangka mungkin ia bunyi anak kucing," kata Khairuddin Yaakob. 

Menurut laporan Bernama, ketika ditemui terdapat kesan luka pada bahagian kanak kepalanya. Pihak polis mempercayai bayi tersebut dilahirkan empat hingga 5 jam sebelum ditemui penduduk berkenaan. 

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tampil untuk memaklumkan kepada polis. - www.kakishare.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.