Header Ads

Kerana Anak Bazir Makanan, Ibu Hilang Kawalan Dan Pijak Anak Sendiri Kerana Tekanan Hidup




Disebabkan sekeping sosej, seorang wanita menerima kecaman teruk dari netizen kerana memijak anak perempuannya yang berusia dua tahun di khalayak ramai. 

Wanita tersebut Huang Xiao Xiao kemudia tampil menjelaskan keadaan sebenar setelah lebih 100 laporan polis dibuat oleh orang ramai. 

Wanita itu memberi alasan dia berasa sedang kecewa kerana gagal untuk mencari kerja pada hari kejadian. Dia kemudian membelikan sekeping sosej untuk anaknya dengan wang terakhir yang dimilikinya iaitu 20 yuan (RM12).

Namun tindakan anak perempuannya itu memuntahkan kembali sosej yang dimakan mengundang kemarahan Xiao Xiao yang hilang kawalan dan bertindak menolak anaknya ke tanah dan memijaknya. 

Xiao Xiao menambah dia sedang mengalami kemurungan setelah menjadi ibu tunggal selepas bercerai dengan suaminya dan terpaksa hidup seperti gelandangan di jalanan. 

Oleh kerana tekanan yang dihadapinya, wanita tersebut mengakui kadang-kadang hilang sabar dan melepaskan tekanan kepada anaknya. Bagaimanapun, dia sentiasa kesal selepas setiap kali melakukan perkara tersebut.

Bekas suami Xiao Xiao kini menuntut hak penjagaan ke atas anak perempuan kedua mereka selepas melihat video berkenaan. - www.kakishare.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.