Header Ads

Wanita Jumpa Seekor Cicak Dewasa Dalam Kari Ketika Makan Di Restoran Daun Pisang Dekat Puchong




Apabila berkunjung ke kedai makan ianya akan menjadi mimpi buruk jika terdapat 'bahan asing' seperti lalat atau lipas dalam makanan yang telah dipesan. 

Agak malang bagi seorang wanita bernama Shantini apabila mengalami perkara yang sama. Wanita itu berkongsi kisahnya di Facebook sehingga menjadi tular di kalangan netizen. 

Dalam status tersebut, wanita itu singgah di kedai tersebut untuk makan tengah hari. Namun apa yang memeranjatkan beliau ialah apabila terjumpa seekor cicak dewasa dalam kuah kari ketam yang dipesannya. 



Apa yang lebih mengecewakan ialah sikap kakitangan restoran tersebut yang langsung tidak mahu meminta maaf di atas kejadian tersebut. 'Mungkin selama ini kari ketam mereka sangat sedap disebabkan 'bahan rahsia' ini' tulisnya di Facebook. 

Wanita itu berharap penguatkuasa mengambil tindakan terhadap restoran tersebut disebabkan oleh kebersihan restoran tersebut yang diragui. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.