Kurang Ajar! Anak Sanggup Pukul Bapa Guna Topi Keledar Sampai Pengsan
Gelaran anak syaitan layak diberikan kepada seorang pemuda yang tergamak membelasah bapa kandungnya sendiri.
Dalam kejadian tersebut, suspek berusia 25 tahun itu memukul bapanya yang berumur 60 tahun hingga pengsan menggunakan topi keledar.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di rumah PPR Desa Rejang, Setapak Jaya, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita yang memaklumkan suaminya pengsan serta cedera di kepala akibat dipukul anak lelaki mereka.
“Berdasarkan maklumat berkenaan, kami mengarahkan sepasukan polis ke sebuah rumah di PPR Desa Rejang, di sini, sebelum mendapati seorang lelaki berlumuran darah di ruang tamu kediaman,” katanya. - www.kakishare.my
Post a Comment