Lagi Kes Kurang Ajar, Lelaki Mabuk Tak Puas Hati Provok Dan Hina Polis Kerana Ditahan
Belum reda isu lelaki membunyikan hon ketika umat Islam sedang mengerjakan solat Jumaat sehingga mencetuskan huru hara timbul pula satu lagi video yang menghina PDRM.
Terbaru, seorang lelaki yang merupakan DJ di sebuah kelab malam mendakwa ditahan oleh anggota polis kerana mabuk. Namun, lelaki itu menyangkal dakwaan kononnya dirinya tidak mabuk malah dipaksa untuk mengaku oleh anggota yang menahannya.
Dalam video tersebut, lelaki itu turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota berkenaan dan penahanannya itu hanya membazir masa. Ketua JSPT KL, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata lelaki tersebut telah menjalani ujian pernafasan sebanyak dua kali dan ianya melebih had dibenarkan iaitu 84 mg/100 ml darah.
Lelaki itu pada mulanya ditahan dalam operasi sekatan jalan raya di Jalan Sungai Besi - Jalan Tun Razak pada jam 3 pagi Sabtu. Sebelum dibawa ke Balai Trafik Kuala Lumpur di Jalan Tun HS Lee untuk ujian kedua.
“Tindakan suspek merakamkan video itu adalah kerana tidak berpuas hati selepas ditahan polis. “Memang prosedur apabila seseorang itu ditahan, kita akan buat ujian pernafasan kali pertama di lokasi.
“Jika didapati positif alkohol, kita akan bawa di balik ke balai dan buat ujian kali kedua,”
“Bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Trafik Jalan Duta pada Isnin ini"
Satu laporan polis juga dibuat bagi siasat dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penyebaran video tersebut. Netizen juga mengecam tindakan lelaki mabuk tersebut malah ada juga yang mengecam mengapa lelaki itu duduk disebelah pemandu dan boleh membahayakan anggota polis. - www.kakishare.my
Post a Comment