Header Ads

Lagi Kes Sama, Kali Ini Kanak-Kanak Lapan Tahun Patah Kaki Tersepit Rim Motosikal




Baru-baru ini negara digempar dengan kes seorang kanak-kanak tersepit rim moto sehingga patah tangannya. 

Terbaru, kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun mengalami pengalaman sama apabila patah kaki kanan selepas tersepit pada rim motosikal yang ditunggang oleh ibunya. 

Kejadian yang berlaku pada pagi Ahad ketika dalam perjalanan ke sekolah. Penguasa Bomba Dan Penyelamat Kedah, Mohd Naim Mat Jaaffar dalam kenyataan berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada 7.06 pagi. 

"Sebaik tiba, anggota bomba mendapati kaki mangsa tersepit pada bahagian rim motosikal sebelum operasi mengeluarkan kaki mangsa dilakukan.

"Mangsa diserahkan kepada ambulans sebelum dihantar ke Hospital Kulim dan operasi tamat pada 7.37 pagi." - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.