Header Ads

Lelaki Tikam Isteri Dua Kali Di Bahagian Dada Sehingga Mati Akibat Cemburu




Seorang lelaki ditahan pihak polis kerana menikam isterinya sehingga mati selepas menemui isterinya yang sedang bersama dengan lelaki lain di sebuah kuarters ladang kelapa sawit di Kuala Baram

Menurut laporan Harian Metro lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun itu pada pagi tadi selepas polis menerima maklumat dari orang awam mengenai kejadian bunuh itu. 

Isteri lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh pekerja ladang pada pukul 6 pagi sebelum bertindak menghubungi polis. 

Manakala Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Johanthan mengesahkan kejadian tersebut. Beliau berkata ister lelaki berkenaan berusia 24 tahun yang juga seorang warga Indonesia ditikam dua kali di bahagian dada dengan senjata tajam dikenali sebagai 'bidik'.

Menurut pihak polis, lelaki berkenaan bertengkar dengan isterinya kerana cemburu selepas wanita berkenaan ditemui bersama seorang lelaki sebelum itu. Akibat pertengkaran tersebut, suspek hilang pertimbangan sebelum menikam isterinya dan melarikan diri. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.