Header Ads

Pelanggan Restoran Tergamam Enam Lelaki Menyamun Ketika Makan Malam




Niat menikmati makan malam menjadi satu pengalaman menakutkan bagi beberapa pelanggan di sebuah restoran di Taman Melawati. Sekumpulan enam lelaki memakai topi keledar dan bersenjatakan parang nekad untuk menyamun restoran tersebut. 

Rakaman CCTV kejadian samun itu menjadi viral di laman media sosial sejak Ahad. Video berdurasi seminit itu melihatkan enam suspek meluru masuk ke dalam restoran dan mengacukan parang kepada pelanggan sebelum diarah untuk menyerahkan beg tangan serta barang berharga. 

Memetik laporan BH Online, kejadian samun dalam tempoh kurang seminit menyebabkan pelanggan dan pekerja kedai tidak berani melakukan apa-apa kerana bimbang akan keselematan diri mereka juga. Kesemua mangsa hanya membiarkan beg tangan dan barang berharga diambil oleh suspek. 

Kerugian dianggarkan hampir RM30 ribu ringgit yang turut melarikan wang tunai dari restoran tersebut sebelum kesemua enam suspek melarikan diri. 


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias meminta kerjasama orang ramai untuk membantu siasatan. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata," katanya.

Beliau berkata rakaman CCTV dari kedai tersebut sudah diperolehi dan siasatan sedang dijalankan.

"Kejadian berlaku dalam masa yang singkat. Bagaimanapun, rakaman CCTV telah diambil dan siasatan masih dijalankan," katanya. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.