Header Ads

'Raja Salman Pun Salam Wanita Bukan Muhrim' - Gambar Raja Arab Saudi Bersalaman Dengan Melania Trump Cetus Pendapat Berbeza Netizen




Gambar Raja Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud yang bersalaman dengan wanita pertama Amerika Syarikat Melania Trump mencetuskan pelbagai pandangan dari netizen termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. 

Dalam satu status yang dimuat naik melalui akaun laman mikro Twitternya, beliau menulis:

"Penjaga Dua Masjid Suci menyambut Mrs Trump. Dan kita telah menghentikan salam antara dua jantina,"

Beliau menulis tweet itu secara sindiran yang merujuk kepada amalan sesetengah individu di Malaysia yang tidak mahu berjabat tangan dengan mereka yang berlainan jantina. 

Di Arab Saudi, bersentuhan termasuk bersalaman antara lelaki dan wanita bukan muhrim adalah dilarang. Oleh itu, gambar Raja Salman dan Melania itu menjadi tajuk utama di seluruh dunia dan dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza. 

Dua portal berita The Telegraph dan USA Today mendakwa Melania dan anak perempuannya Ivanka Trump tidak memakai tudung semasa lawatan ke Arab Saudi dan menjadi isu kerana Donald Trump pernah mengkritik bekas wanita pertama Michelle Obama sebagai tidak sensitif kerana tidak memakai tudung ketika membuat lawatan yang sama. 

"Ramai orang memuji keputusan Mrs Obama yang enggan memakai tudung di Arab Saudi, tetapi ia satu penghinaan. Kita sudah mempunyai cukup musuh," tulis Trump di Twitter.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.