Header Ads

'Bukan Suruh Basuh Najis, Tapi Tolong Angkat Je' - Kisah Gadis Ini Disalah Erti Sehingga Cetus Salah Faham Antara Satu Sama Lain




Seorang gadis telah meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan kakitangan Hospital Serdang yang dikatakan tidak menghiraukan permintaan gadis tersebut untuk menolongnya mengangkat ibunya ke bilik air kerana ibunya itu ingin membuang air besar. 

Setelah menunggu hampir 30 minit masih lagi tiada kelibat kakitangan hospital berkenaan untuk menolongnya dan terpaksa mengangkat ibunya sendiri ke bilik air. Gadis tersebut meluahkan kekecewaannya itu di dalam akaun Facebook miliknya dan status berkenaan menjadi viral sehingga dikongsi oleh beberapa page yang bertindak menyoal kenapa tiada pertolongan dihulurkan oleh kakitangan hospital terbabit. 

Namun seorang pengguna Facebook, Anwari Hamzah tampil menjelaskan sambil menasihati satu page yang dianggap cuba 'menghangatkan' isu yang dianggap kecil. Namun setelah dinasihati dan diselidik gadis tersebut bukanlah meminta kakitangan hospital untuk membasuh najis ibunya tetapi hanya meminta pertolongan untuk memapah ibunya ke bilik air. 

Walau apapun juga, diharap semua pihak dapat bertindak dengan lebih berhati-hati dan selidik terlebih dahulu apakah cerita yang sebenar. Isu ini dianggap telah selesai dimana masing-masing telah meminta maaf. 


MENGAMUK KERANA TAK BOLEH CUCI BERAK IBU SENDIRI

Yep. Tajuk aku saje dah gempak.

Mengikut cerita, anak kepada pesakit di Hospital Serdang mengamuk di Facebook kerana tak ada orang tolong basuh berak mak dia. Cerita dia ni pulak diperhangatkan lagi dengan perbuatan page Sultan Melaka Fans yang kononnya nak 'memperjuangkan' hak rakyat. Ni aku nak jelaskan sikit.

Pertama sekali, maafkan saya ye makcik, terpaksa bahan anak makcik yang maha bijaksana lagi solehah ni. Dugaan makcik, dah jatuh sakit, anak makcik pulak sakit otaknya. Takziah. Ini jugak pesanan khas buat ibu Admin page Sultan Melaka Fans.

1. Dah kenapa hang mencarut pakai p*ki mak hang dalam cerita tentang mak hang? Tak malu ka woi?

2. Siapa nak duit hang? Hang tu baru je habis sekolah, ada hati nak sembang pasal duit.

3. Bukan kerja misi dan doktor nak basuh berak orang. Kalau nak bantuan, minta elok-elok. Bukan sekadar tunggu 30 minit kemudian bising dalam Facebook. Mark Zuckerberg bukannya Sister Ward.

4. Mak sendiri berak pun hang sanggup tunggu sampai 30 minit kononnya nak tunggu bantuan doktor? Aih, basuh berak mak sendiri pun tak reti ka?

Mak hang nak berak, tapi hang sebagai anak langsung tak boleh bantu mak hang. Kerusi roda dah ada, paip air dah ada. Cuma tunggu hang bawak mak hang pi jamban, cucikan lubang bontot dia. Susah sangat ka?

5. Setiap hari, jururawat boleh je basuh dan cucikan berak pesakit. Takda pun sampai nak mintak tolong ahli keluarga dan pelawat. Apa bezanya jururawat buatkan dengan ahli keluarga buatkan sendiri? Jururawat tak belajar pun bab camna nak cuci najis masa di kolej dulu. Tu survival skill yang logik akal pun boleh fikir. Takde pun pakai kemahiran, prinsip aseptik, tangan steril, set dressing bagai. Takkan nak kena buat tutorial cuci berak dalam Youtube kot?

Hari-hari pesakit berak. Hari-hari jugaklah jururawat yang cucikan seorang diri. Takda masalah pun. Angkat sendiri, tolak kerusi roda sendiri, cuci sendiri, pakaikan pampers sendiri. Sorang-sorang je. Sampaikan pesakit menangis berterima kasih kat kami. Tapi hang sebagai anak, satu apa pun tak reti ka? Nak tolak kerusi roda pun tak larat sampai update Facebook?

6. Kerusi roda tak payah seret pun weh. Nama pun ada roda. Bukak je brek dia, tolak. Yang hang pi seret kenapa? Mekap tebal, otak bebal.

7. Tugas jururawat hanya untuk bantu pesakit dari segi kebersihan BILA WARIS TAKDA DISEKELILING. Bila waris ada, adalah jadi tanggungjawab hangpa untuk buatkan sendiri. Apa guna waris ada tapi satu apa pun tak reti? Tugas jururawat adalah untuk MERAWAT. Bersihkan pesakit tu dah jadi satu perbuatan simpati je pada pesakit sebab kita tahu waris tak ada untuk bantu. Tapi bila waris ada pun, macam tak guna je.

8. Nak pakaikan pampers anak pun tak reti. Seriously, ini bukan soal reti tak reti, bantu tak bantu. Ni soal hang memang dasar pemalas, jaga mak sendiri pun nak kecoh satu kampung. Kononnya diri tu bagus sangat sampai mak sendiri berak pun wajib mintak tolong nurse dan doktor. Masalahnya terletak pada diri hang sendiri.

9. Hang pikir hang punya menangis je. Hang tak pikir mak hang menangis tengok anak sendiri pun tak reti nak jaga dia.

Ni pulak khas untuk Admin-admin Sultan Melaka Fans.

Aku faham bahawa hangpa ni sekadar page troll yang hidup semata-mata atas dasar troll dan sarcasm, kononnya nak simbolikkan tahap pemikiran maju rakyat Malaysia dengan content acah bijaksana. Tapi, cuma aku nak pesan, dalam hangpa kelam kabut nak cari rating likes dan shares tu, tolong lah jangan gadai kebodohan hangpa tu sama.

Takda orang nak tengok hangpa bodohkan diri, apatah lagi dalam isu yang hangpa sendiri tak tahu. Ye, aku faham, hangpa dulu tak habis sekolah. Sebab tu sekadar mampu jadi administrator page karut macam ni. Nak jadi insan berguna pun tak boleh pasal otak dah tepu.

Takpa, silalah sambung mengangkang depan Facebook tu, admin sekalian. Kewujudan hidup hangpa hanya berasaskan satu page Facebook je. Takda page tu, orang pun tak kenai hangpa. Hangpa pun tak ada signifikasi dalam hidup ni, sama ada wujud page Sultan Melaka Fans tu mahupun tak.

Nanti aku buat infografik dan tutorial video macam mana nak cuci berak, khas buat ******** dan admin Sultan Melaka Fans. Yelah, tulis panjang-panjang pun bukan hangpa reti membaca. InsyaAllah, bermanfaat.

#anwarihamzah #kamijururawat #DON


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.