'Semua Subjek Tahun 1 Makin Sukar Padahal Anak Nak Tulis Nama Pun Masih Terkial'
Sekolah adalah tempat untuk menimba ilmu dan ibu bapa kini lebih peka untuk memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Bagi Nadia Rahim, beliau merasakan bawaha subjek untuk murid tahun satu dilihat semakin sukar tahun demi tahun. Ikuti perkongsian wanita ini.
"Anak Pun Masih Terkial Nak Tulis Nama Sendiri"
Mak,
Berat hati saya nak tulis tapi percayalah silibus semua subjek anak2 tahun 1 semakin sukar. Arasnya tinggi. Mak sendiri pun ramai yang tak tau nak jawab macamana.
Tak percaya? Saya mohon mak belek textbook Tahun 1 yang baru. Bukan 1 subjek, semua subjek. Ini contoh Matematik Tahun 1 (credit to cikgu @mohd fadhli ). Tahun 1 sudah kena bina ayat. Padahal anak2 masih terkial2 nak tulis nama sendiri.
Mak rasa? Berbaloi ke 2 murid maju di depan tetapi 30 lagi ketinggalan di belakang?
Mak, nak mengajar itu senang. Nak beri faham itu sukar. Nak pupuk minat itu sulit. Cikgu sebagai pelaksana dasar paling bawah. Mentimun, bukan Musang King.
"Jangan Tuduh Cikgu Makan Gaji Buta"
Andai keputusan ujian anak kurang menyenangkan hati usah dituduh cikgu makan gaji buta. Usah dikata cikgu tak pandai mengajar. Masa cikgu sudah habis 'dicuri'.
Kemenjadian murid bermula di rumah. Aktifkan suara ibubapa pada Musang King. Kerana ibubapa ibarat Opet.Hanya Opet yg suka makan Musang King
Mentimun kalau bersuara, silap2 kena lenyek. Anak saya di Prasekolah pun dah ada latihan begini.
Saya cikgu.
Tapi saya juga ibu.
Risau.Sedih.Keliru.
Post a Comment