'Tahu Nak Kecam Je' - Netizen Cepat Gelabah Video Parodi Wanita Bertudung Di Pandang Serong
"Iklan syampu untuk wanita bertudung. Bincangkan."
Begitulah kenyataan sebuah laman di Facebook yang menunjukkan screenshot sebuah iklan, di mana seorang wanita berhijab sedang mensyampu kepalanya sambil memakai hijab. Sudah tentu bagi mereka yang tidak mengetahui cerita sebenar, boleh berasa 'sentap', mengapa iklan tersebut begitu 'bodoh' menunjukkan aksi bersyampu sambil bertudung.
Tidak hairanlah ada pihak yang cuba membuat provokasi dengan menyebarkan petikan iklan tersebut dengan mengatakan,
"Inilah iklan syampu di Malaysia." Sambil menunggu respon negatif dan juga kata hinaan buat umat Islam di Malaysia dan juga wanita berhijab khususnya.
Namun, ternyata netizen pada hari ini lebih bijak kerana mereka tidak mudah tertipu dengan provokasi murahan yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
"Itu salah satu klip dari video lawaklah."
"Ini bukan video syampu, ini video promote tudung menggunakan cara melawak."
Begitulah antara komen yang diberikan oleh netizen. Dan ternyata apa yang mereka katakan itu benar belaka.
Buat mereka yang cepat melatah, sentap dan termakan dengan provokasi menerusi gambar wanita bertudung yang sedang bersyampu, sila tonton video di bawah:
Ya. itulah video asalnya yang merupakan iklan mempromosikan sebuah jenama tudung. Namun, mereka dengan kreatifnya memilih konsep parodi dan cuba melakonkan semula iklan popular pada tahun 1990-an.
Bagaimana, sudah jelas, kan? Isu yang dibangkitkan dengan tujuan menjatuhkan imej mereka yang bertudung, sebaliknya gagal! Dan kepada pihak yang gemar membuat provokasi, silalah audit diri!
Post a Comment