Header Ads

'Tinggal Dua Hari Je Lagi' - Pelajar Kolej Matrikulasi Meninggal Dunia Terkena Renjatan Elektrik




Seorang penuntut Kolej Matrikulasi Pulau Pinang meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik pada malam tadi. 

Apa yang lebih memilukan ialah pelajar tersebut hanya tinggal dua hari lagi untuk menamatkan pengajian di kolej tersebut. 

Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada pelajar terbabit berkata sebelum itu beliau sempat meluangkan masa bersama anaknya dengan menikmatik makanan di kafeteria kolej matrikulasi berkenaan. 

"Kira-kira dua jam selepas itu, saya dikejutkan dengan berita Siti Nor Manisha terkena renjatan elektrik dan berada di Hospital Kepala Batas (HKB).

"Dia hanya mempunyai dua hari lagi untuk tamat pengajian dalam aliran sains," 

Berdasarkan kesan kecederaan, pelajar tersebut Siti Nor Manisya dipercayai terkena renjatan di bahagian ibu jari dalam kejadian yang berlaku pukul 8.30 malam itu. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.