Warga Emas Maut Dirempuh Kemudian Digilis Kereta
Satu kemalangan di Kampung Gong Deuk, Jalan Jertih membabitkan tiga buah kenderaan meragut nyawa seorang warga emas, kelmarin (Khamis).
Memetik Harian Metro, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu mangsa, Wan Mat Wan Ismail, 75, meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, mangsa sedang menunggang motosikal menghala ke Kampung Pasir Akar sebelum dilanggar kereta Proton Waja dari arah belakang.
“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa jatuh ke laluan bertentangan sebelum dia dilanggar pula sebuah kereta Perodua Viva menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat,” katanya lagi.
Post a Comment