Header Ads

'Dah Jangan Panggil Suami Korang Shuben' - Lelaki Kongsi Maksud 'Shuben' Buat Ramai Para Isteri Terkedu




Netizen selalunya mudah terikut-ikut dengan perkataan atau 'slang' yang nampak ala 'cool' dan 'hipstur'. Bermula dengan 'ale uto' yang dulunya pernah menjadi perdebatan antara netizen kerana maksud perkataan tersebut. 

Kini banyak 'slang' tersebut menjadi ikutan terutama anak-anak kecil. Tak kurang juga pada wanita terutamanya para isteri yang memanggil suami mereka 'shuben'. 

Tak siapa tahu dari mana asalnya perkataan ini atau siapa yang memulakannya tapi difahamkan pertama kali digunakan ialah dalam satu laman webforum tempatan. 

Namun bagi yang terikut-ikut dengan trend yang kononnya perkataan 'shuben' ini lebih nampak manja pasti tidak tahu apa maksud sebenar perkataan ini. Berikut adalah satu perkongsia dari seorang lelaki yang bergelar suami menjelaskan maksud sebenar perkataan 'shuben'. Semoga bermanfaat.

'Ooo..Ini Maksud Sebenar'

Saya perasan orang perempuan duk taip "shuben" yang ditujukan pada suami dorang.. mulanya tak faham apa benda shuben tu.. rupanya merujuk kepada perkataa HUSBAND.

Cuma mungkin shuben ni nampak manja sikit bunyinya ala2 budak kecik baru pandai cakap tapi pelat.

Saya pulak suka google perkataan2 pelik ni kot2 ada makna lain.. rupanya makna shuben tu JERK!! Maksud jerk ada di komen pertama.. dengan kata lain maksud dia selfish & bastard.. 

Jadi sesiapa yang duk gelar laki dia shuben tu gi minta maaf cepat. Nanti derhaka dalam diam pulak.. ada ke patut panggil suami shuben.. hahahaha.

Suami2 tag isteri korang ya.. semoga tak tido luar..




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.