Header Ads

'Depa Kata Saya Pemalas Dan Carut Kat Saya' - Gadis Hidap Talasemia Minta Bantuan Dekat FB Tapi Terkedu Dikecam Netizen




Seorang gadis kurang bernasib baik apabila satu postingnya memohon bantuan raya untuk keluarganya dikecam netizen. Terkedu dibuatnya apabila mereka membalasnya dengan kata-kata kesat.

Memetik mStar Online, Normasmira Zulkifli, 17, meminta jasa baik orang ramai untuk menghulurkan bantuan Aidilfitri kepada keluarganya yang didakwa kurang berkemampuan menerusi akaun Facebook Kumpulan Penduduk Sungai Petani Kedah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia terkejut dengan respon diterima menyebabkan dia terpaksa memadam posting berkenaan.


"Ramai hentam saya. Saya rasa sedih sangat. Bantuan tak dapat, sebaliknya depa kata saya macam-macam. Depa kata saya pemalas, depa mencarut kat saya.

"Saya rasa malu sangat, saya menangis baca komen mereka. Emak kata 'biarlah apa depa nak kata, kami bukan mencuri, cuma minta tolong'," katanya. 

Normasmira atau Ira yang tinggal bersama enam ahli keluarganya di sebuah rumah tumpang di Padang Temusu, Sungai Petani, menjelaskan dia terpaksa menggunakan Facebook untuk mendapatkan bantuan. Duit sekupang pun tak ada, macam mana nak raya," katanya.

Menurut gadis itu, dia sudah berhenti sekolah tahun lalu kerana kesempitan hidup, ditambah pula ibunya tidak bekerja selepas terbabit kemalangan pada 2008, tahun sama bapanya meninggal dunia akibat sakit jantung. Dugaan hidup bertambah apabila dia disahkan menghidap penyakit Talasemia.

"Sejak itu kakak saya yang sara keluarga, dia buat macam-macam kerja. Sekarang dia berniaga air di bazar Ramadan, dapatlah RM20 hingga RM30 sehari. Duit itulah buat beli beras dan lauk kami. Sekarang hanya adik dan dua anak saudara saja yang bersekolah. Abang tak bekerja, dia buat hal sendiri," katanya. 

Sementara itu, dia akui menerima beberapa panggilan daripada orang tidak dikenali berjanji menghulurkan bantuan. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.