Header Ads

Kediaman Dato' Aliff Syukri Diserbu Setelah Terima Berpuluh Laporan Penderaan Ke Atas Dodi




Beberapa hari yang lepas, Dato' Aliff Syukri menerima kecaman hebat dari pencinta kucing gara-gara sebuah video Facebook Live yang dibuatnya serta keinginannya yang mahu menjual Dodi setelah gagal menjinakkan kucing peliharaannya. 'Orang bela kau pun nak bela' antara komen pedas yang diterima oleh jutawan terkenal itu. 

Terbaru, dua agensi penguatkuasa bertindak menyerbu rumah Dato' Aliff setelah menerima berpuluh aduan dari orang ramai mengatakan beliau telah mendera kucing itu. Operasa yang dijalankan disertai oleh 15 anggota dari Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perhilitan. 

Operasi oleh agensi berkenaan yang mengambil masa lebih kurang sejam adalah untuk melakukan pemeriksaan fizikal dan tempat peliharaan Dodi berdasarkan laporan yang telah diterima pihak berkenaan. 

Hasil pemeriksaan mendapati Dato' Aliff Syukri tidak melakukan sebarang penderaan terhadap kucing peliharaannya itu. Selain itu, beliau juga mempunyai permit yang sah untuk membeli kucing tersebut. 


Pihak Veterinar cuma menasihati Dato' Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa serta menyediakan pengudaraan yang lebih baik. Agensi terbabit juga menyarankan supaya beliau membuat 'Pet Passport' supaya Dodi mempunyai rekod perubatan yang lebih sistematik. 

'Pihak berkuasa agak terkejut melihat saiz Dodi yang agak besar dari biasa dan atas nasihat mereka meminta saya mengurangkan kuantiti makanannya. Mereka juga minta saya bina tempat habitat yang sesuai untuk Dodi dan Insya-Allah saya akan bina habitat sesuai untuk Dodi'. 

Justeru, Dato' Aliff berharap segala dakwaan yang mengatakan Dodi didera dapat dihentikan dengan segera kerana pihak berkuasa telah pun melakukan pemeriksaan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.