Header Ads

Ibu Saya Dihimpit Rapat Kemudian Terasa Ada Benda Tajam Diacu Kepadanya , Lebih Menakutkan Kejadian Itu Berlaku Di Kaunter Pembayaran






Dari Ridzuan Radzi

Mohon semua mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berwaspada. Kes samun melibatkan ibu saya petang semalam di pasar raya Ong Tai Kim, Gombak.

Ibu saya didatangi seorang warga asing yang berpakaian selubung tutup seluruh badan. Dia dihimpit rapat dan terasa seperti ada benda tajam (pisau Rambo) diacu ke badannya.


Panik dengan keadaan itu, ibu saya cuma mendiamkan diri kerana takut penjenayah bertindak di luar kawalan. Tahu-tahu beg tangannya telah ditoreh dalam beberapa saat dan duitnya telah diambil oleh penjenayah terbabit. Yang geramnya, kejadian ini berlaku di kaunter bayaran.

Keadaan di pasar raya itu agak sesak petang semalam kerana ramai yang berbelanja untuk persiapan menyambut ramadhan. Dalam kesempatan itulah penjenayah terbabit melakukan aktiviti menyamun mangsa.

Dan rupa-rupanya, petugas di kaunter bayaran ada memaklumkan kepada pelanggan untuk elakkan menjawab sebarang panggilan ketika berada di kaunter. Ini kerana kes ragut pernah berlaku sewaktu pelangan mengeluarkan telefon bimbit untuk menjawab panggilan.

Penjenayah sekarang dah berani betul buat jenayah di kawasan tumpuan orang ramai. Jadi, berhati-hatilah semua dan sampaikan perkara ini kepada keluarga dan kenalan anda.


www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.