Header Ads

Isteri Berpantang 16 Hari ,Suami Paksa Jalanraya ! Paksa Balik Rumah Mentua Naik Motorsikal .







Wanita yang baru lepas bersalin memerlukan tempoh untuk berpantang, iaitu tempoh ini dianggap sebagai tempoh pemulihan fungsi kewanitaan daripada segala gejala kecederaan serta tekanan jiwa dan mental.

Pada ketika ini juga rahim mulai menguncup, mencerut dan mengecil seperti keadaan sediakala selepas mengembang mengikut saiz bayi yang dikandung selama 9 bulan sebelum itu.

Mengikut cara perbidanan Melayu, wanita beralin perlu berpatang selama 44 hari untuk memastikan semuanya kembali kepada sedia kala, jadi tempoh ini adalah penting bagi wanita berehat dan menjaga makan.



Namun, sebuah cerita yang dikongsikan oleh seorang wanita ini buat hati rasa pilu di mana wanita ini menceritakan birasnya yang merupakan seorang ibu yang baru 16 hari bersalin dipaksa suaminya untuk keluar beraya, bahkan semasa baru bersalin dia dipaksa naik motosikal oleh suaminya untuk pulang.

Jom kita baca.

Giler punya laki..bod*h…

Saya sangat kasian kepada biras saya, hari ini masuk hari ke 16 hari dia berpantang, tapi suaminya paksa dia ikut beraya, yang sedihnya suami dia kata kalau tak ikut beraya lebih baik tak payah beraya sampai bila-bila.

The F**K punya perangai suami,(maaf tercarut sebab emo), waktu saya ambil gambar ini si ibu keletihan sangat-sangat.

Bukan dia boleh makan menu-menu raya dan kuih pun, yang sadisnya si ibu yang kena dukung anak ini dan hampir jam 10 malam, cuba bayangkan adik ipar jenis tak boleh tegur ini, baby dibawa beraya kehulu kehilir berganti rumah, tak faham betul lelaki jenis ini.

Sebelum ini dia paksa isteri dia balik rumah mentua naik motosikal, bayangkan jahitan belum kering, biras saya ini orangnya lembut, keluarga suami saya ini ramai yang bidan, jadi sedikit sebanyak saya boleh bagi nasihat tentang pantang larang dalam berpantang., tetapi suami dia jenis tak terima pandangan dan nasihat orang.

Saya mohon sangat-sangat ibu-ibu dalam group ini dan saya yakin ada bapa-bapa yang follow group ini juga, mohon sangat, berdoalah supaya suami dia (adik ipar saya) lembut hatinya dan faham keadaan tubuh seorang ibu yang sedang berpantang.

Mohon sangat-sangat kita sama-sama berdoa, mudah-mudahan doa dari ramai orang buat hari si suami terbuka untuk faham keadaan isterinya.

- kelab ibu hamil malaysia -


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.